Page 127 - Saujana Pujangga 2022
P. 127

  “Siapakah kamu? Apakah yang kamu mahu? Amir, jangan takut ya ...” Amir terdengar suara ayahnya datang dari komputer riba.
Wajah ayahnya yang penuh kebimbangan terpampang di skrin komputer riba itu.
Awan mendung mula bergayut di pelipis mata Amir. Lelaki bertopeng itu mula ketawa dengan penuh keghairahan melihat kolam mata Amir mula berkaca. Dia melambai-lambai kepada ayah Amir sebelum memadamkan kamera tersebut lalu meninggalkan Amir di dalam bilik itu.
Amir sudah tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia tidak boleh membebaskan dirinya dari bilik itu kerana dia diikat pada sebuah kerusi kayu. Bilik itu pun sungguh gelap tanpa sebuah tingkap. Dia hanya dapat berharap ada orang yang akan datang menyelamatkannya.
Lelaki bertopeng itu pulang ke dalam bilik tersebut dengan seutas tali pinggang di dalam tangannya. Kali ini, Amir dapat melihat dinding yang berwarna biru sebelum lelaki bertopeng itu menghempas pintu tutup. Tali pinggang tersebut itu amat menghairankan kerana Amir boleh dengar bunyi bip berdetik yang keluar darinya. Lelaki bertopeng itu mengenakan tali pinggang itu pada Amir lalu menghidupkan kameranya kembali.
“Maaf kerana membuat Sultan kesayanganku menunggu. Apa kata, Sultan? Cantik tak tali pinggang Amir?”
Lelaki bertopeng itu mengusik sambil menunjukkan bom di tali pinggang tersebut.
Masa pada bom tersebut berdetik terus. Beberapa titik air jernih membasahi pipi Amir sambil dia menerima takdirnya itu. Amir sudah putus harapan. Dia hanya ada tiga puluh minit sebelum bom tersebut meletup menghancurkan tubuh badannya.
“Aku rasa aku akan berikan peluang kepada engkau berdua untuk bertukar-tukar kata-kata akhir, ya?”
Lelaki bertopeng itu tertawa besar melihat Amir dan ayahnya meratap kesedihan lalu meninggalkan bilik itu.
Ayahnya yang sedang sibuk menyuruh pihak polis dan pegawai-pegawainya mencari lokasi Amir, tersimpuh dengan hati yang pecah seribu melihat anaknya dalam keadaan tersebut. Dia cuba menenangkan Amir dan meyakinkannya bahawa dia akan menyelamatkan Amir.
Tiba-tiba, Amir ternampak sebuah rantai kunci yang berada di lantai. Terdapat ‘Evergreen Residences’ yang tertulis pada atas rantai kunci itu. Mata Amir terbeliak melihat perkataan- perkataan tersebut. Evergreen Residences merupakan tempat tinggal arwah pak longnya, Pak Jazli, yang meninggal dunia dua tahun lepas akibat serangan jantung. Amir teringin memberitahu ayahnya tentang rantai kunci tersebut dengan harapan yang rantai kunci tersebut mungkin boleh menjadi suatu petunjuk untuk pihak polis.
CERPEN
SauSjanuajanPaujPaunjgagnagg2a020222 125





















































































   125   126   127   128   129