Page 129 - Saujana Pujangga 2022
P. 129
di luarnya berwarna biru. Bilik itu sudah lama tidak digunakan kerana bilik itu dahulunya merupakan milik arwah Pak Jazli.
Ayah Amir bergegas bersama beberapa orang pegawai polis ke bilik Jazli dan ternyata Amir berada di bilik tersebut diikat pada kerusi kayu. Dengan hanya dua puluh saat sebelum bom di tali pinggang Amir itu meletup, pegawai- pegawai polis berjaya mematikan bom dan menyelamatkan Amir.
Amir dan ayahnya berpelukan erat. Rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hati Amir dan ayahnya sambil mereka mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai polis yang telah menyelamatkan Amir.
Walaupun Amir berasa lega telah dibebaskan dari bilik tersebut, dia tidak boleh berhenti memikirkan tentang bagaimana lelaki bertopeng itu boleh mengetahui identitinya. Ayahnya juga sedang risaukan perkara lain ...
Dia melihat di sekelilingnya itu yang merupakan bilik arwah abangnya. Dia mula teringat kembali apa yang telah berlaku dua tahun yang lalu.
“Mungkinkah lelaki bertopeng itu tahu apa yang aku telah lakukan kepada Jazli?”
CERPEN
SauSjanuajanPaujPaunjgagnagg2a020222 127