Page 131 - Saujana Pujangga 2022
P. 131
“Bu, Kirana hendak pergi bercuti ke Los Angeles bersama teman-teman Kirana minggu hadapan untuk meraikan Tahun Baharu. Jadi, Kirana mahu berikan ibu masa tambahan selama Kirana bercuti,” ucap Kirana, sambil memberikan ibunya masa tambahan yang dijanjikan.
Ibu Kirana semakin kecewa apabila dia sedar bahawa dia tidak boleh meraikan Tahun Baharu bersama satu-satunyaanak
yang dicintainya.
N a m u n , dia memendam
perasaan itu, tersenyum
dan mengangguk,
menandakan bahawa dia
telah rela menerima berita mendadak anaknya itu.
Kirana akan berlibur selama dua minggu, melewati tarikh Tahun Baharu yang akan datang. Perjalanan ke Los Angeles (LA) ini merupakan kali pertama buat Kirana Dia sanggup menghabiskan masa sebanyak manapun demi membuat pengalamannya itu tidak mudah untuk dilupakan.
Los Angeles memang terkenal dengan kasino- kasinonya yang amat mewah bertaburan di sekitar kota. Kirana yang berasal dari kota yang jarang sekali ada kasino menjadi penasaran dan tertarik untuk berjudi. Awalnya, Kirana masih teragak-agak apabila diajak teman-temannya untuk berjudi. Namun, lama-kelamaan, dia menjadi semakin mahir berjudi seperti seorang penjudi profesional dan akhirnya menjadi ketagihan. Bahkan, dia
sanggup mengunjungi kasino setiap hari. Tidak hanya keuntungannya dalam berjudi sahaja yang semakin baik, Kirana juga menjadi semakinkuatmeminumminumankeras.
Pada suatu hari, semasa Kirana sedang berfoya-foya menikmati bandar LA dia tiba-tiba menerima sebuah panggilan daripada ibunya. Dengan penuh kekesalan kerana permainan Black Jacknya diselak, dia mengangkat
panggilan tersebut.
“Helo, Nak ... Bagaimanakah khabar kamu? Apakah kamu baik- baik sahaja?” Suara seorang ibu
yang rindukan anaknya terdengar.
“Aduh, Ibu menganggu sahaja! Ini Kirana sedang bermain bersama teman-teman Kirana dan aku sudah hampir menang!” gerutu Kirana.
“Oh ... maaf, Nak. Ini Ibu, hendak memberitahu Kirana bahawa Ibu hanya memiliki masa untuk satu tahun sahaja kerana Ibu baru sahaja membayar hutang kos tempat tinggal Ibu yang ternyata sudah menunggak. Maafkan Ibu, ya Nak,” kata ibunya yang amat takut akan balasan Kirana.
“Hah?! Menunggak hutang?! Selama ini masa yang Kirana berikan untuk Ibu, apa yang Ibu buat? Sememangnya Ibu pemboros!” omel Kirana dengan penuh kekesalan.
“Iya ... maafkan Ibu, Nak. Apakah Kirana boleh segerapulang?Ibutakutibutidakmempunyai masayangcukupsebelumkamupulang,Nak.”
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 129