Page 132 - Saujana Pujangga 2022
P. 132

 CERPEN
“Itu masalah Ibu, bukan masalah Kirana! Kirana tidak mahu pulang sebelum Tahun Baharu. Lagipun, Kirana pergi ke Los Angeles kerana Kirana tidak mahu meraikan tahun baharu bersama Ibu di rumah sempit punya Ibu itu. Sudah kumuh, kotor pula! Menjijikkan!” celoteh Kirana yang sedang mabuk dan separuh sedar, kata-katanya telah mengguriskan hati ibunya.
Ibu Kirana membisu tanpa kata-kata. Dia mengakhiri panggilan itu dengan hati yang hancur, tidak percaya bahawa yang baru sahaja bercakap di telefon ialah anaknya.
Setelah sekian lama di Los Angeles, Kirana akhirnya, akan meraikan kedatangan Tahun yang Baharu. Kebetulan kasino tempat dia dan teman-temannya biasa kunjungi akan mengangjurkan pesta yang meriah. Melihat jam tangannya yang menunjukkan 11:59, Kirana langsung bersiap-siap untuk mengira detik.
3 ... 2...
Pengiraan detik Kirana terhenti oleh telefonnya yang bergetar. Tersentak daripada kemeriahan pesta tahun baharu, Kirana melihat layar telefon pintarnya yang menunjukkan angka yang tidak dikenali. Kirana langsung mendapatkan firasat yang tidak enak dan hatinya langsung berdegup dengan kencang.
“He-helo ...” ucap Kirana dengan penuh keraguan.
“Malam Mem, apakah benar ini Mem Kirana? Saya Doktor Rangga dari Hospital Mount Fuji. Ibu anda telah dikejarkan ke hospital kerana
telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Biaya kos perawatan ibu anda ialah dua tahun dan disebabkan tidak ada sesiapapun yang boleh membiayai kos perawatan ibu kamu, kami terpaksa mengambil masa ibu awak. Sekarang, ibu kamu hanya tersisa 24 jam sahaja. Apakah kamu boleh segera bergegas ke hospital untuk memberikannya waktu tambahan?”
Doktor itu menjelaskan, tidak mengetahui bahawa Kirana sedang berada di kota nan jauh.
Ditimpa berita musibah yang mengejutkan ini, Kirana langsung menutup telefonnya dan bergegas mencari tiket pesawat untuk pulang pada saat itu juga. Tak kira berapa mahal tiket itu, Kirana rela membayarnya demi menyelamatkan ibunya. Namun, jalan takdir tidak diduga kerana penerbangan yang paling segera hanya tersedia dalam dua jam belum termasuk 18 jam perjalanan dari Los Angeles dan setengah jam perjalanan ke hospital yang bererti bahawa Kirana hanya memiliki tiga jam setengah tersisa untuk menyelamatkan ibunya.
Melihat singkatnya waktu, Kirana menjadi semakin cemas tetapi dia masih yakin bahawa dia masih boleh sampai di hospital tepat waktu untuk menyelamatkan ibunya. Kirana langsung bergegas ke lapangan terbang. Namun, pada saat dia melihat jadual penerbangannya, ternyata penerbangannya ditunda selama tiga jam yang bererti bahawa saat dia mendarat di Singapura dia hanya tersisa setengah jam untuk ke hospital sebelum ibunya direnggut daripada kehidupan Kirana selama-lamanya.
Kirana menunggu penerbangannya dengan gementar. Telapak tangannya mulai berkeringat dan dia tidak boleh berhenti menggerakkan
130 Saujana Pujangga 2022





















































































   130   131   132   133   134