Page 130 - Saujana Pujangga 2022
P. 130
CERPEN
MASA IALAH WANG
Evanael Jevico Garcia
NJC
Beep .... Beep ..... Beeeeeeeepppppp!
Jam di samping meja Kirana berbunyi, membangunkannya daripada tidurnya yang nyenyak. Kirana bangun dengan lesu dan duduk di atas katilnya, menatap kalendar digital di sebelah katilnya. 20 Disember 2050 - kalendar itu memaparkan tarikh hari itu. Pada era ini, tamadun dunia sudah sangat maju. Kereta sudah boleh terbang, papan iklan sudah menggunakan teknologi hologram dan mata wang tidak lagi dalam bentuk kertas dan syiling, melainkan dalam bentuk masa. Saat seseorang lahir, mereka diberikan masa sepanjang 50 tahun. Selama mereka hidup, mereka akan berbelanja menggunakan masa mereka dan kerja mereka akan dibayar dengan masa. Namun, apabila masa yang dimiliki yang mereka mencapai nol, mereka akan dibekukan menjadi patung, menandakan masa hidupnya telah habis. Untungnya, orang lain boleh memindahkan memberikan masa mereka kepada orang lain cukup hanyadengan berganding tangan sahaja.
Kirana tinggal sendiri di rumahnya yang mewah yang terletak di tengah kota. Dia bekerja sebagai seorang pengarah di sebuah syarikat yang ternama sehingga tidak hairanlah apabila masa yang dipunyainya sangatlah berlebihan. Namun, di sebalik hidup Kirana yang amat mewah, nasib ibu Kirana tidak seuntung anaknya. Ibu Kirana menetap di sebuah rumah pangsa kecil di pinggir kota. Setiap hari, ibu Kirana harus memikirkan cara mengunankanya masa yang boleh digunakannya kerana - yang akan kehabisan kurang dari lima tahun.
masa yang dipunyainya kurang daripada lima tahun. Suaminya telah meninggal dunia akibat terlibat dalam sebuah kemalangan yang juga mencederakan kaki kanan ibu Kirana secara kekal sehingga dia tidak boleh lagi kembali ke dunia pekerjaan. Sekarang, hidup ibu Kirana bergantung pada Kirana yang datang untuk menjenguknya dan memberikannya masa tambahan setiap minggun.
“Bu ... Kirana datang, Bu!” teriak Kirana dengan kuat.
Maklum, ibu Kirana selalu menutup pintunya dengan erat kerana takut ada pencuri yang masuk.
“Ya, sebentar Nak,” sahut ibu Kirana.
Ibu Kirana berjalan terhincut-hincut menuju pintu dan membukanya. Alangkah bahagianya dia apabila dia melihat Kirana berdiri di depan rumahnya. Ternyata, Kirana masih ingat ibunya.
“Sebentar ya, Nak. Ibu sedang membuat teh untuk kamu.”
“Aduh ... Tak usah susahlah, Bu. Lagipun, Kirana hanya datang sebentar sahaja,”Kirana memberitahunya bahawa dia harus segera kembali ke tempat kerjanya.
Ibu Kirana terdiam kecewa atas penolakan anaknya. Padahal, dia sudah menyiapkan teh kekwa kesukaan anaknya.
128 Saujana Pujangga 2022