Page 128 - Saujana Pujangga 2022
P. 128
CERPEN
Pada saat itu juga, lelaki bertopeng itu kembali ke dalam bilik tersebut. Amir mula memikirkan cara untuk memberitahu ayahnya tentang rantai kunci itu. Dengan tuala basah di dalam mulutnya, pasti ayahnya tidak akan faham percakapannya. Lagipun, lelaki bertopeng itu berada di dalam bilik itu. Bom pada tali pinggangnya itu pula hanya tinggal dua puluh minit lagi. Amir melihat denyar kamera sambil berfikir. Dia memandang kamera tersebut lalu mendapat sebuah idea.
“Ah! Kod Morse!” fikir Amir lalu melihat ke kamera dengan penuh harapan.
“Sudahlah, Sultan ... Engkau tidak akan dapat menyelamatkannya. Selama ini kau hidup senang dan mewah sahaja. Bahagia dengan keluargakau. Tapi sekarang ni, pastinya hati engkau sedang berdebar-debar, kan? Macam rasa tidak menentu ... Adakah anak engkau yang bakal mengambil alih kedudukankau sebagai Sultan akan diselamatkan? Biar aku jawabkan, NO!” lelaki bertopeng itu sambung mengusik ayah Amir.
Ayah Amir pula faham apa yang sedang dilakukan Amir setelah melihat Amir terkebil- kebil matanya dengan bersungguh-sungguh. Ayah Amir memberikan isyarat secara halus kepada seorang pegawainya untuk membaca kod yang disampaikan oleh Amir.
Setelah pegawai tersebut berjaya membaca kod tersebut, ayah Amir terus mengalih perhatian lelaki bertopeng itu dengan menyumpah dan menjerit kepadanya dengan penuh emosi. Pihak polis pula bergegas ke Evergreen Residences.
Dalam beberapa minit, pihak polis pun tiba di Evergreen Residences. Setiap pegawai disediakan dengan senapang dan pistol lalu berhati-hati memasuki bangunan tersebut. Pekerja-pekerja di bangunan tersebut disuruh
pindah keluar buat sementara. Orang awam kelam-kabut lari keluar dari bangunan tersebut apabila diberitahu bahawa tempat itu tidak selamat. Dalam sekelip mata, setiap bilik di Evergreen Residences telah diperiksa oleh pihak polis.
Amir pula tidak dijumpai.
Ayah Amir mendapat maklumat daripada seorang pegawai tentang situasi di Evergreen Residences lalu menggelengkan kepalanya kepada Amir secara halus. Amir masih tidak puas dan yakin bahawa terdapat cara yang lain untuk membebaskan dirinya dari bilik tersebut.
“Oh! Hanya lima minit lagi, ya? Selamat tinggal, Amir! Aku tonton dari luar sahajalah. Nanti aku hancur macam kway teow kalau aku dalam bilik ni!”
Lelaki bertopeng itu bergurau sebelum meninggalkan Amir di dalam bilik itu.
Tiba-tiba, Amir teringat tentang dinding berwarna biru yang terlihat olehnya lalu mula kebil-kebilkan matanya untuk memberitahu ayahnya.
Dengan hanya empat minit lagi, pegawai- pegawai di Evergreen Residences bergegas mencari dinding berwarna biru. Beberapa orang pegawai ditugaskan untuk mencarinya di luar bangunan tersebut.
Boom!
Ayah Amir menjerit bak orang gila dengan penuh kehampaan apabila diberitahu bahawa Amir masih tidak dijumpai.
“Dinding biru, dinding biru ... Dinding biru! Bilik Jazli!” Ayah Amir teringat tentang sebuah bilik di pejabatnya itu yang dinding
126 SaujanaPPuujajannggaga2022022