Page 126 - Saujana Pujangga 2022
P. 126
CERPEN
Sherlita Almeyra Binte Sherhan
NJC
HITAM
Hitam.
Itu sahaja yang dapat dilihat oleh Amir apabila dia sedar. Dia menoleh ke kanan dan ke kirinya dengan penuh kekeliruan.
“Aku di mana ni? Kenapa gelap sahaja? Aku sedang memimpikan ke?” bisik hati Amir, matanya terkebil-kebil.
Rasa gelisah mula menjamah hatinya apabila dia tidak dapat berdiri. Kedua-dua tangannya diikat pada belakang kerusi kayu. Kakinya pula diikat pada kaki kerusi tersebut. Persoalan demi persoalan bersilih ganti dan berlegar-legar di ruang benaknya. Ketenangan yang diidamkan Amir tak kunjung tiba apabila dia cuba menjerit meminta tolong tetapi mendapati mulutnya disumbat dengan tuala basah yang diikat ke belakang kepalanya.
Kurang lima minit kemudian, Amir tidak dapat berasa perbezaan matanya terbuka dan tertutup.
Kedua-duanya sama sahaja. Hitam.
“Krik ...” bunyi yang didengari Amir itu seolah- olah sebuah pintu yang dibuka.
Dengan segera Amin menoleh dari mana datangnya bunyi tersebut. Benar, terdapat sebuah pintu yang dibuka oleh seorang lelaki yang bertopeng. Dia menghempas pintu tersebut apabila dia ternampak Amir cuba mengintip dunia di belakang pintu itu.
Jantung Amir mula bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya apabila dia mendengar langkah kaki lelaki bertopeng
itu menghampirinya. Tiba-tiba, sebuah cahaya yang terang bak matahari bersinar di hadapannya. Pada masa yang sama, lelaki bertopeng itu menghidupkan sebuah kamera yang didirikan di atas sebuah tripod. Cahaya yang sungguh terang itu dari kamera tersebut. Lelaki bertopeng itu menaip sesuatu di komputer riba yang terletak di sebelah kamera lalu berdiri di sebelah Amir.
“Sultan Mohamed Alif Zulkarnain Bin Mohamed Ahmad. Di sini, di hadapan seluruh dunia, aku ada anak lelaki tunggal engkau, Mohamed Amir Zafilin Bin Mohamed Alif Zulkarnain. Aku tahu yang sekarang ini, kau mesti bimbang, marah, takut dan sedang tertanya-tanya. Aku tahu perasaan itu. ...
”Lelaki bertopeng itu mula berbicara kepada kamera yang sedang memaparkan Amir dalam bilik tersebut secara langsung. Suaranya diubah untuk berbunyi seperti robot oleh topengnya itu.
Muka Amir pucat lesi seperti mayat apabila dia mendengar lelaki bertopeng itu menyebut nama penuhnya. Selama tujuh belas tahun, identiti Amir sebagai anak Sultan negara selamat dirahsiakan. Walaupun ayah Amir terkenal sebagai Sultan, dia telah mencuba sedaya upayanya untuk memastikan privasi Amir dijaga. Amir tinggal bersama datuknya sepanjang hidupnya supaya dia dapat menjalankan kehidupannya seperti orang biasa. Dia juga dikenali sebagai Mohamed Amir Bin Zafilin di sekolah supaya rakan-rakannya tidak tahu identitinya yang sebenar. Ketakutan mula bergayut di sudut hati Amir.
124 SaSuajuajannaaPPuujajangga 2022