Page 124 - Saujana Pujangga 2022
P. 124
CERPEN
Namun, kedamaian itu tidak ditemukan. Sekujur badanku tersandar lesu tanpa bergerak dan kepalaku berdenyut-denyut.
Dengan perlahan-lahan, aku melihat beberapa retakan yang semakin membesar sudah meluas di permukaan bulan bak akar-akar yang menjalar di tanah. Semakin parah retakan itu, semakin ganas juga cuacanya. Hujan gerimis menjadi tiupan angin kencang yang membawa hujan lebat. Setiap titisan air sekarang menjadi peluru yang menusuk kulit. Langsung aku bergegas balik ke rumah. Jantungku berdegup kencang.
Aku membuka pintu rumah kemudian melihat ibu tergamam di jendela menyaksikan kejadian ini. Berpuluhan orang yang berlari ke kolong blok untuk berlindung daripada hujan dan ribut. Pada saat itu juga, bulan berpecah dua ...
Suara wartawan kedengaran daripada televisyen melaporkan bencana alam dahsyat disebabkan oleh gangguan medan graviti akibat pecahan bulan. Keretakan bulan itu telah membuat ombak-ombak memberontak sehingga kemarahan lautan telah menghempas beberapa kota di Jepun. Dalam beberapa minit juga, ada laporan bahawa kawasan- kawasan rendah yang berhampiran dengan laut seperti Venice telah banjir, ditelan gelombang ombak. Beribu-ribu nyawa telah diragut akibat fenomena aneh ini. Fikiranku menderas mencari sebab-sebab keretakan ini berlaku. Tiba-tiba, aku mengaitkannya dengan mimpiku tadi. Aku yakin ini pasti kerana nasihatku kepada Anak Bulan.
Keberanian datang mendadak. Tenaga mengalir dari atas kepalaku hingga ke tapak kakiku. Aku langsung berlari keluar dalam cuaca hujan deras itu dan aku berdiri dengan kakiku terpaku di tanah. Walaupun aku terdorong oleh angin kencang dan disembur hujan, aku enggan bergerak. Aku bersemuka dengan bulan terbelah itu.
“Wahai, Anak Bulan! Ampunkan aku atas nasihatku yang membuat kamu menyimpang ke arah yang salah! Hentikanlah kebodohanmu dan lihatlah kemusnahan akibat perbuatanmu!” Jeritku sehingga urat-urat leherku membenih.
Seperti seakan-akan dirasuk sesuatu, tiba- tiba aku dibawa ke alam angkasa itu lagi. Aku bertemu dengan Anak Bulan lagi; dia sedang bersembunyi di belakang pancaran cahaya bintang. Namun kini mukanya muram dan pipinya dibasahi dengan air mata. Dia memberitahu aku bahawa setelah berpisah dengan ibunya, dia cuba untuk pergi ke bahagian matahari tetapi akibatnya, dia telahmengganggukeseimbangangravitidan menyakiti dunia.
“Tidak mengapa, Anak Bulan. Jika bersalah, akui sahaja dan perbaik dirimu. Marilah kita kembali,” kataku dengan nada yang sayu dan sekali lagi menghulurkan tanganku kepadanya.
Sambil mengelap air matanya dan memegang tanganku, kami berjalan balik ke arah ibu anak ini. Anak Bulan pula hanya menunduk dibebani oleh rasa bersalah. Seketika Sang Rembulan terserempak anaknya itu, beliau bergegas untuk memeluknya. Mereka menghadap aku, senyuman kecil terukir di muka mereka. Tanpa disangka, aku sudah kembali ke dunia biasa.
122 Saujana Pujangga 2022