Page 122 - Saujana Pujangga 2022
P. 122

 CERPEN
GURUKU, BULAN
Aida Cempaka Hanif
NJC
Seketika langit menyapa kegelapan malam, bulan menampakkan diri, mengintai aku dengan sinar cahayanya. Ada yang menggigil saat kedatangan rembulan dan ada pula yang terganggu. Namun, aku mengundang ketibaan sangrembulandenganhatiterbuka,menanti- nantikan dakapan cahayanya pada saat yang menyayat hati. Biarlah aku tenggelam dalam pancarannya daripada bernafas sekali lagi.
Tiba-tiba, lamunanku dipecahkan oleh ketukan pintu kencang yang diikuti dengan suara Ibu. Rasa gelisah menjamah kalbuku.
“Luna. Kau suka sangat keluar malam? Lebih baik jangan balik lagi ke rumah ini! Pergilah cari duit sendiri, jangan balik selagi kau masih tak ada pekerjaan. Ibu dah tak tahan lagi melihat kau berlingkar di rumah,” kata Ibu dengan nada keras.
Ibu ingin aku bekerja di syarikat besar dan terkenal. Namun, Ibu tidak mengerti bahawa aku masih mahu berehat. Rasanya baru sahaja aku selesai pengajian dan belum bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab itu.
Kebelakangan ini, aku sering melarikan diri daripada ibuku dengan banyak meluangkan masa di luar. Bukannya berpesta di kelab malam atau berminum-minumanan, tidak. Sebenarnya, aku hanya meluangkan masa di taman kanak- kanak bersebelahan dengan kediamanku, duduk di bangku kayu bermandikan cahaya bulan dan diselimuti tiupan angin malam. Kesunyian pada waktu itu melapangkan dadaku daripada segala tekanan kehidupan. Tekanan yang kuharungi disebabkan Ibu.
Apabila rona senja mulai memamah langit, aku menghayun langkahku ke arah pintu rumah sambil menyeret beg kecilku yang aku sempalkan dengan baju. Aku sudah tidak tahan lagi hidup bersama Ibu di rumah. Aku bergegas ke taman kanak-kanak yang berdekatan dengan rumahku. Aku duduk di bangku kayu di taman itu lalu menghela nafas panjang. Aku memandang ke arah angkasa yang dihiasi bintang-bintang.
“Oh, Bulan! Susahnya kehidupan ini. Dibebani tanggungjawab dan didesak oleh tuntutan keluarga. Pisahkan aku dari rumah itu. Tolonglah bersihkan hati muram ini agar suci, sesuci murni wajahmu, Bulan,” kucurahkan hasratku langsung dari sanubariku. Tidak lama selepas itu, aku dibawa menerawang ke alam separa sedar.
Aku seakan-akan bergentayangan di tengah- tengah angkasa. Gelap-gelita. Dunia apa ini pun aku tidak tahu. Namun, aku pasti semuanya ini hanya alunan imaginasiku. Aku bergerak selangkah tetapi setiap jejak terasa ringan, berbeza dengan kebiasaan badanku yang selalu berasa terbeban dan berat.
Tanpa kusangka, aku terserempak dengan seorang anak perempuan yang meraung seolah-olah jiwanya dihantui dengan kesakitan yang perit. Anehnya, anak kecil ini berkulit seputih salju dan pancaran cahaya memantul daripadanya. Rambutnya pula sehalus benang sutera. Aku bertanya kepadanya pangkal kesedihannya. Dia pun menjawab dengan suara lembut namun kehalusannya tidak dapat menutupi mendung yang menyeliputi wajahnya.
120 Saujana Pujangga 2022





















































































   120   121   122   123   124