Page 117 - Saujana Pujangga 2022
P. 117
untuk berjalan-jalan bersamanya di taman. Hampir sejam aku menunggunya namun batang hidungnya pun tidak kelihatan. Akibat terlalu khuatir, aku bergegas ke biliknya untuk mendapatkannya.
Kelibatnya langsung tidak kelihatan. Hanya doktor dan jururawat yang menemani ibu bapanya. Bapanya sedang berbincang sesuatu yang serius dengan doktor itu. Aku memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Doktor itu menepuk bahu bapa Adam. Ibunya menangis dan meraung sekuat-kuat hatinya sambil menggenggam erat baju yang amat kukenali. Aku terpana sebentar, cuba untuk mengimbas keadaan sebenar yang telah berlaku. Aku menjadi semakin gelisah dan fikiranku semakin berserabut. Ke manakah perginya Adam? Tidak mungkin. Mustahil! Aku mengheret kakiku untuk mendekati mereka. Berita yang paling aku takuti selama ini akhirnya tiba. Mulutku terkunci, hatiku terkatup dan aku tenggelam dalam kepiluan. Adam sudah tiada ... sudah masanya dia dijemput oleh Maha Pencipta.
Tiada yang mustahil. Aku tersilap kerana meragui keajaiban- Nya. Dengan izin-Nya, aku pulih akhirnya. Ajal dan maut di tangan
Tuhan. Dia yang memberikan penyakit dan Dia juga yang memberikan kesembuhan. Namun, mungkin penderitaan yang dilalui Adam lebih besar. Tidak terbanding dengan diriku sendiri. Jujur kuakui, dia tentu akan lebih tenang di sana. Aku hanya mampu mendoakannya. Aku masih mengingati janjiku dengannya. Aku berjanji untuk berhenti merokok. Setiap pesanan daripadanya akan aku ingat hingga ke hujung nyawa. Aku berjanji. Aku tidak akan sesekali berputus asa dan sentiasa bersyukur dalam hidup. Terima kasih, Adam.
Titisan air jernih jatuh membasahi lenganku. Aku tersedar daripada lamunanku yang panjang. Cepat-cepat aku berdiri dan bergegas mencapai barang-barangku untuk beredar dari situ. Kakiku yang baru ingin melangkah menjauhi kubur itu terhenti seketika. Perlahan- lahan aku memalingkan tubuhku. Aku memandang kubur itu dengan pandangan sayu.
“Bersemadilah dengan tenang, Adam. Akhirnya, kamu tidak sakit lagi. Semoga kita dapat bertemu lagi di akhirat nanti.
Assalamualaikum, sayang.”
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 115