Page 115 - Saujana Pujangga 2022
P. 115
salah seorang pesakit kerana berpakaian baju hospital kanak-kanak dan kepalanya botak. Dia mula mendekati aku dengan anak patung beruang dalam pelukannya.
“Apa khabar, Pak cik. Pak cik ... baru sedarkah? Nama saya Adam. Umur saya lapan tahun. Saya duduk di bilik bersebelahan dengan Pak cik. Saya tiada kawan semenjak saya berada di sini jadi boleh saya berkawan dengan Pak cik?” ujarnya lembut dengan wajah yang ceria.
Senyuman manis terukir pada bibirnya. Entah mengapa hatiku turut menjadi tenang melihat keceriaannya. Aku menganggukkan kepalaku sahaja dan kembali menutup mata kerana penat. Tidak lama selepas itu, aku terlelap.
Pada malam itu, aku mula berasa bosan. Aku fikir duduk di dalam bilik sendirian amat selesa dan tidak membosankan namun tiada apa yang boleh mengisi masa lapangku. Tiba-tiba, pintu bilikku dikuak sekali lagi. Aku menoleh. Wajah
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 113