Page 15 - Saujana Pujangga 2022
P. 15
pelajar dan guru. Terdapat pelbagai reruai dan setiap reruai menjalankan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik. Saya sendiri telah menghadiri acara ini dan memang tidak dapat dinafikan bahawa acara ini sangat meriah. Semangat Aidilfitri jelas ketara dirasakan! Acara ini sesuai dengan suasana normal yang cuba diwujudkan semula dengan kelonggaran Langkah Pengurusan Selamat COVID-19.
Acara tahunan Cabaran Budaya menjadi sebahagian daripada aktiviti Dwiminggu Bahasa Ibunda Para pelajar berusaha mengajar para pelajar Bahasa Melayu H1 cara menyediakan kuih ondeh-ondeh, cara melukis dan mewarnakan lukisan batik serta cara membaca dan menulis huruf Jawi. Aktiviti-aktiviti ini disambut baik oleh para peserta.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Rausyan Ara Binte Mahmud dan Qaisara Firzanah Binte Roslan yang telah berjaya dipilih untuk menyertai Program Pementoran NUS. Saya berbangga dengan minat mendalam yang dipaparkan oleh kedua-dua orang pelajar ini. Kami berharap agar mereka telah meraih pelbagai ilmu yang bermanfaat melalui program
tersebut yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang lain. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Shireen Sofea Binte Kamal, penerima Biasiswa Elektif Bahasa Melayu (MLES). Saya berharap agar Shireen Sofea akan terus memperdalam minatnya dalam bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dan bangga dengan pencapaian para pelajar MLEP-YIJC. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Jabatan Bahasa Ibunda, Puan Najmah Sidik yang telah bekerja keras untuk membimbing para pelajar dalam semua aktiviti mereka. Saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan Cikgu Mohd Said Bin Salleh dan Cikgu Erdiah Bte Samad pada tahun ini dan mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana turut memberi sumbangan dalam menjayakan MLEP di YIJC.
Michael de Silva
Pengetua
Maktab Rendah Yishun Innova
PRAKATA
Pengetua
YIJC
Saujana Pujangga 2022 13