Page 14 - Saujana Pujangga 2022
P. 14

PRAKATA
Pengetua
YIJC
 Maktab Rendah
YISHUN INNOVA
 Tahun 2022 menyaksikan pelbagai aktiviti yang dijalankan di Maktab Rendah Yishun Innova bertambah rancak dan pastinya, aktiviti-aktiviti Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) tidak terkecuali. Malah, saya berani mengatakan bahawa pelajar- pelajar telah berjaya menjalankan aktiviti dengan yang bertenaga dan bersemangat untuk menyemarakkan lagi rasa cinta mereka kepada bahasa dan budaya Melayu.
Sejajar dengan hasrat kami untuk mewujudkan para pelajar yang mempunyai kemahiran silang budaya, para MLEP-YIJC telah menjadi tuan rumah kepada 30 orang para pelajar Jepun dari Waseda Shibuya Senior High School serta dua orang guru mereka. Para pelajar MLEP-YIJC
telah menyediakan program yang bertemakan perjalanan kehidupan seorang anak Melayu yang melalui tiga fasa kehidupan. Fasa pertama merupakan fasa kanak-kanak. Dalam fasa pertama, pelajar-pelajar diajar bermain permainan tradisional Melayu termasuk permainan Tarik Upih. Dalam fasa kedua, pelajar mempelajari budaya perkahwinan orang Melayu. Dalam fasa ini, pelajar dapat menyelami budaya bersanding dan menggayakan busana pengantin Melayu di atas pelamin. Dalam fasa terakhir, pelajar Jepun diajarkan cara menyediakan kuih tradisional, iaitu ketayap. Mereka juga disajikan dengan makanan tradisional Melayu. Pelajar MLEP-YIJC juga telah melawat sekolah mereka dan selama sehari, para pelajar MLEP-YIJC berpeluang menghadiri kelas-kelas mereka dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar Jepun. Ini merupakan peluang yang baik untuk pelajar-pelajar kami benar-benar menjadi duta bahasa dan budaya Melayu kami.
Pada tahun-tahun sebelum ini, pelajar MLEP menganjurkan JOM Iftar! pada bulan Ramadan. Kali ini pula tersebut diberi nama Jom Raya! Dengan bertemakan Bazar Raya, acara ini dibuka kepada semua
12 Saujana Pujangga 2022

























































































   12   13   14   15   16