Page 12 - Saujana Pujangga 2022
P. 12

PRAKATA
Pengetua
TMJC
 Maktab Rendah
TAMPINES MERIDIAN
 Sememangnya saya berasa teruja setiap kali saya diminta untuk menulis prakata Saujana Pujangga kerana inilah peluang bagi kami mengimbas kembali segala aktiviti menarik yang telah kami laksanakan sepanjang tahun. Saya yakin bahawa Saujana Pujangga mampu memberikan gambaran jelas kepada para pelajar tentang betapa menariknya program elektif ini terutama sekali dalam menjunjung kekayaan dan keindahan bahasa dan budaya Melayu.
Dengan kelonggaran Langkah Pengurusan Selamat COVID-19, beberapa program kami yang pernah dijalankan praCovid-19 dapat dihidupkan semula. Selain itu, terdapat juga beberapa program baharu yang turut diperkenalkan.
Program-program baharu ini tidak kurang menariknya berbanding dengan program yang sudah sedia ada. MLEP@TMJC bermatlamat untuk menyediakan pelbagai peluang kepada para pelajar agar dapat mengasah kemahiran kepimpinan mereka. Salah satu usaha untuk mencapai matlamat tersebut adalah menerusi pembentukan akaun Instagram rasmi untuk MLEP@TMJC (@tmjc.mlep) yang menjadi platform untuk pelajar kami memaparkan serta berkongsi segala akiviti yang kami jalankan dengan harapan agar kami dapat mempromosikan MLEP@TMJC kepada bakal pelajar yang berminat. Pada tahun ini, para pelajar kami telah berkongsi hasil kajian mereka tentang pelbagai aspek kebudayaan Melayu seperti seni bina Melayu, perubatan tradisional dan busana tradisi.
Menerusi aktiviti Jejak Budaya yang dijalankan sebagai salah satu aktiviti Dwiminggu Bahasa Ibunda, pelajar MLEP Tahun 1 telah berpeluang untuk menjadi pemudah cara. Aktiviti Jejak Budaya yang interaktif berjaya menggalakkan para peserta menghayati dan mendalami budaya Melayu.
10 Saujana Pujangga 2022

























































































   10   11   12   13   14