Page 11 - Saujana Pujangga 2022
P. 11
pelantikan mereka sebagai Rakan Bahasa oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sempena sambutan Bulan Bahasa 2022. Tahniah juga kepada Jadelyn Minneke Sutopo dan Sharifah Khadijah Binte Syed Mustafa Alsagoff kerana masing-masing telah memenangi tempat kedua dan ketiga dalam sayembara cerpen Bisikan Pena anjuran Persatuan Bahasa Melayu NUS, yang turut disertai oleh Jason Nathaniel Sutio dan Nurul Huda Binti Mohamad Ibrahim.
Pasukan bahas RI yang terdiri daripada Sharifah Khadijah Binte Syed Mustafa Alsagoff, Sherlita Almeyra Binte Sherhan, Shirleen Anjeanette dan Eshvinjeet Kaur Gurujeet Singh telah berjaya ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan bahas anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura (4PM). Sherlita muncul sebagai salah seorang pembahas terbaik sepanjang pertandingan tersebut. Tahniah kepada pasukan RI atas pencapaian yang baik!
Selaras dengan penekanan terhadap pelibatan kemasyarakatan di RI, kami
berpeluang menjadi tuan rumah bagi Perkhemahan Sastera MLEP anjuran CPDD, MOE. Majlis Wisuda bagi kohort 2021-2022 diadakan pada hari pertama perkhemahan. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar MLEP. Saya berharap agar mereka akan terus cemerlang dalam pengajian dan kerjaya mereka pada masa hadapan.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru MLEP kami, Cikgu Mohamad Ali dan Cikgu Abdul Malek kerana menyelaraskan semua aktiviti pengayaan untuk para pelajar dan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada CPDD, MOE semasa Majlis Wisuda dan Perkhemahan Sastera.
Terima kasih atas sokongan yang berterusan terhadap usaha membimbing pelajar MLEP kita.
Auspicium Melioris Aevi.
Encik Frederick Yeo
Pengetua Institusi Raffles
PRAKATA
Pengetua
RI
Saujana Pujangga 2022 9