Page 10 - Saujana Pujangga 2022
P. 10
PRAKATA
Pengetua
RI
Institusi
RAFFLES
Dengan kelonggaran Langkah Pengurusan Selamat COVID-19 sejak 26 April 2022, pelajar Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) di Institusi Raffles (RI) dapat menyertai lebih banyak aktiviti secara bersemuka seperti bengkel bahasa, kesusasteraan dan budaya, dan sesi dialog bersama pemimpin daripada pelbagai bidang dan kerjaya.
Salah satu contoh aktiviti sebegitu ialah bengkel Busana Tradisional Melayu. Para pelajar MLEP telah mempelajari pelbagai teknik melipat tanjak. Lipatan tanjak berbeza-beza berdasarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat atau majlis yang dihadiri. Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio amat popular sebab pelajar MLEP bukan sahaja dapat menghasilkan skrip asli malah
mereka juga mempelajari teknik penghasilan kesan bunyi istimewa dengan menggunakan barangan yang terdapat di rumah! Bengkel Penulisan Cerpen pula memperkenalkan pelajar MLEP kepada pelbagai teknik penulisan berdasarkan tema-tema yang diterokai. Pelajar MLEP juga berpeluang berinteraksi dengan Encik Zainul Abidin Rasheed, Duta Berkelana dan Mantan Menteri Negara Kanan, Ehwal Luar dalam suatu sesi dialog. Terbukti bahawa aktiviti MLEP menyeronokkan dan mengayakan pengalaman para pelajar.
Saya mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah menerima Biasiswa MLEP daripada Kementerian Pendidikan (MOE). Mereka ialah Sharifah Khadijah Binte Syed Mustafa Alsagoff, Sherlita Almeyra Binte Sherhan, Nur’iffah Binte Andy Azaly, Raiyan Syazani Bin Shahrin, Rakinah Binte Shaik Mohamed Salim dan Syarifah Syaza Syafiah Binte Syed Ahmad. Saya yakin mereka akan terus cemerlang dalam MLEP dan menyumbang bakti kepada sekolah serta masyarakat umum. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pelajar MLEP, Rakinah Binte Shaik Mohamed Salim dan Syarifah Syaza Syafiah Binte Syed Ahmad atas
8 Saujana Pujangga 2022