Page 8 - Saujana Pujangga 2022
P. 8
PRAKATA
Pengetua
NJC
Maktab Rendah
KEBANGSAAN
Sejak ditawarkan di Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) pada tahun 2020, Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) NJC telah berkembang dengan jayanya. Para pelajar MLEP-NJC yang diberikan gelaran Cendekia telah menunjukkan prestasi yang baik dan membuktikan bahawa mereka berpotensi menjadi bahasawan, pencinta sastera dan pembela budaya Melayu masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada Raditya Secondatama, Ketua Pelajar MLEP-NJC yang kedua kerana telah dinobatkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai Valedictorian keseluruhan 2022 bagi MLEP peringkat maktab rendah. Saya amat menghargai usaha Raditya untuk menyemarakkan penulisan sajak melalui wadah atas talian dalam kalangan rakan-rakan
Cendekianya dengan memulakan siri ‘Sora Aksara’ di lelaman Instagram rasmi MLEP-NJC. Beliau sendiri telah mengorak langkah pertama dengan menghasilkan sajak-sajak yang merangsang minda pembaca seperti ‘Di Metropolitan’, ‘Si Tikus’ dan ‘Harimau’ yang memaparkan kematangan pemikirannya dan kesedarannya yang mendalam terhadap isu-isu sosial yang membelenggu masyarakat Melayu. Bakatnya dalam penulisan sajak terbukti menyerlah apabila sajaknya yang bertajuk ‘Si Pelaku’ telah‘ dihidupkan’ di atas pentas oleh sebuah kumpulan seni tempatan, Variasi Performing Arts pada 7 September 2022 dalam sebuah acara seni yang dinamakan ‘Ruang’. Selain itu, minatnya yang mendalam terhadap kebudayaan Melayu juga telah mendorong Raditya untuk menyertai program Kajian Kemanusiaan dan Sains Sosial (HSSR) kelolaan NUS-MOE. Sungguhpun mempunyai jadual yang padat, Raditya telah berjaya menyiapkan sebuah makalah berdasarkan kajian lapangannya tentang seni kuda kepang. Bukan itu sahaja, beliau juga telah sempat meluangkan masa untuk berkongsi hasil kajiannya bersama rakan-rakannya dalam suatu sesi perkongsian dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran terhadap seni kuda kepang yang semakin hilang ditelan zaman. Pemilihan Raditya selaku
6 Saujana Pujangga 2022