Page 7 - Saujana Pujangga 2022
P. 7
untuk menjayakan program itu. Para pelajar MLEP kami ghairah menonjolkan bakat seni mereka melalui persembahan dikir barat dan nyanyian. Pelajar MLEP Tahun 2 pula kembali ke pentas untuk menonjolkan bakat lakonan mereka dengan mementaskan sebuah drama dalam Majlis Pementasan Drama Wisuda. Selain menghasilkan skrip dan berlakon, pada akhir persembahan, mereka telah mengadakan sesi Bicara Karya. Kami berbangga dengan ketekunan dan usaha yang dicurahkan para pelajar kami untuk menjayakan aktiviti- aktiviti ini. Semoga mereka terus berusaha menimbulkan rasa cinta terhadap bahasa, budaya dan sastera dalam kehidupan mereka.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Nafilah Binti Kosnan, Nur Aqilah Umairah Binte Ashnol, Nur Shahriyah Fatin Binte Zixcon dan Uswatun Hassanah Binte Omar kerana menerima Biasiswa MOE-MLEP. Tidak lupa juga kepada alumni JPJC-MLEP, iaitu Nadhrah Bte Mohamad Zulkefly yang telah meraih Biasiswa Perguruan Tempatan. Semoga
pencapaian yang diraih pelajar- pelajar MLEP ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.
Akhir sekali, sekalung budi saya ucapkan kepada guru-guru dan pegawai-pegawai Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Singapura yang terus-menerus berusaha menganjurkan aktiviti- aktiviti MLEP untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran para pelajar MLEP. Semoga para pelajar akan terus memperoleh ilmu dan kemahiran melalui kegiatan kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan. Selamat maju jaya!
Dr. Hang Kim Hoo
Pengetua
Maktab Rendah Jurong Pioneer
PRAKATA
Pengetua
JPJC
Saujana Pujangga 2022 5