Page 6 - Saujana Pujangga 2022
P. 6
PRAKATA
Pengetua
JPJC
Maktab Rendah
JURONG PIONEER
Penerbitan majalah Saujana Pujangga dinanti-nantikan pelajar pada setiap tahun. Majalah ini bukan sekadar memuatkan ulasan program- program yang disertai pelajar-pelajar Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP), malah menjadi wadah untuk para pelajar berkarya dan mengasah kreativiti mereka. Boleh dikatakan penerbitan majalah ini menjunjung kemampuan bahasa Melayu dalam menyampaikan ekspresi seni dan kreativiti pelajar.
Sebagai sebuah maktab yang menitikberatkan pembangunan holistik pelajar, kami menawarkan kepada pelajar pelbagai peluang yang terhasil daripada kerjasama dengan pelbagai pihak yang
berkepentingan. Tahun ini merupakan tahun kedua pelajar MLEP berdamping dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar Bahasa Melayu (Program Khas) atau M(SP) dari Sekolah Tinggi River Valley. Selain seronok berkongsi tentang bahasa dan budaya Melayu, para pelajar kami dapat memperkukuh kemahiran berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan mereka.
Melalui pelibatan dalam program WOW kendalian Angkatan Karyawan Islam (AMP) pula, para pelajar berkesempatan mempelajari kemahiran insaniah dan keusahawanan. Sebagai satu- satunya maktab yang menawarkan kedua-dua program elektif bahasa, termasuk Program Elektif Bahasa Cina (CLEP), kami menyediakan platform bagi para pelajar daripada kedua-dua program ini untuk berinteraksi melalui aktiviti silang budaya.
Tahun ini juga menyaksikan para pelajar MLEP Tahun 1 kami terlibat secara aktif dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mereka bekerjasama dengan Persatuan Budaya Melayu
4 Saujana Pujangga 2022