Page 4 - Saujana Pujangga 2022
P. 4

 PRAKATA
Timbalan Pengarah
Bahasa Ibunda MTLB
Timbalan Pengarah
BAHASA IBUNDA
MTLB
Tahun 2022 telah meninggalkan banyak kenangan manis kepada seluruh keluarga MLEP Maktab Rendah. Kelonggaran Langkah Pengurusan Selamat COVID-19 telah membolehkan banyak aktiviti diadakan kembali secara bersemuka. Sungguhpun ruang siber telah menjadi medan perjuangan untuk menabur dan menimba ilmu serta menjalani pelbagai aktiviti bersama- sama selama dua tahun yang l a l u , pengalamannya tentu sekali berbeza apabila akiviti-aktiviti tersebut diadakan secara bersemuka.
Detik bersejarah juga tercipta apabila lawatan ke luar negara bagi pelajar-pelajar dari maktab rendah dibenarkan semula pada tahun ini. Yang menariknya, Program Penyerapan MLEP Maktab Rendah telah dijalankan secara hibrid dari 28 November hingga 3 Disember
2022. Pada hari pertama program penyerapan tersebut, para pelajar MLEP dan guru dari kelima-lima maktab rendah telah berpeluang mengikuti Kembara Ilmu Gastronomi Orang Melayu yang dikendalikan oleh Encik Khir Johari, penulis buku ‘The Food of Singapore Malays’ di sekitar kawasan Kampong Gelam, tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan. Perkongsian oleh Encik Khir ternyata telah meninggalkan kesan dalam diri para pelajar MLEP dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang sejarah dan asal usul gastronomi orang Melayu Singapura. Para pelajar seronok dapat bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain sambil mendengar perkongsian yang kaya dengan pelbagai fakta dan informasi menarik oleh Encik Khir.
Penerokaan tentang pengetahuan kebudayaan diteruskan di luar negara pula pada hari ketiga program penyerapan ini di Ipoh, Perak. Para pelajar MLEP dan guru maktab rendah telah berpeluang mengalami sendiri proses penghasilan ikan pekasam semasa lawatan ke Kampung Beng, Lenggong, Ipoh. Lawatan ini menjadi lebih bermakna kepada para pelajar kerana mereka dapat menghubungkan pengalaman yang
 2 Saujana Pujangga 2022
























































































   2   3   4   5   6