Page 5 - Saujana Pujangga 2022
P. 5
diraih dengan cerpen Tulang Pekasam Ikan Puyu karya Azizi Haji Abdullah dalam teks sastera yang dipelajari mereka. Para pelajar terus memperkaya pengetahuan mereka tentang bahasa, sastera dan budaya dengan menghadiri ceramah-ceramah di Universiti Putra Malaysia. Ceramah Tamadun dan Warisan Melayu oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, Bahasa dan Tulisan Jawi oleh Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Keris Warisan dan Kebijaksanaan Orang Melayu oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti@Zamri Ahmad serta Bengkel Syair oleh tokoh budaya Melaka, Puan Liza Yamin tentu sekali telah memperkaya pengetahuan pelajar dalam suasana yang cukup imersif dan autentik.
Saya sentiasa berharap agar para pelajar MLEP dapat terus memperkasakan diri mereka, menjadi insan berilmu dan dinamik untuk mencapai keunggulan melalui aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Raditya Secondatama, pelajar tahun dua kohort 2021/2022 dari Maktab Rendah Kebangsaan kerana beliau antara enam belia yang telah dilantik sebagai Sahabat Sastera 2023 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura bagi menghidupkan kembali
kecintaan dan kesemarakan dunia kesusasteraan Melayu di Singapura. Saya cukup bangga dengan para pelajar MLEP kita yang terus cemerlang di luar alam persekolahan mereka demi melestarikan, memartabatkan dan terus menghidupkan bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu. Sememangnya, itulah harapan besar kami bagi para pelajar yang mengikuti Program Elektif Bahasa Melayu peringkat maktab rendah ini.
Akhir sekali, sekalung penghargaan kepada para penyelaras dan guru MLEP Maktab Rendah kerana terus komited dan berdedikasi tinggi dalam melahirkan generasi pewaris masa depan yang cemerlang saban tahun. Semoga kerjasama antara pihak CPDD dengan penyelaras dan guru MLEP Maktab Rendah terus membuahkan hasil yang ranum dalam landskap bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu kita!
Puan Salbiah Abas
Timbalan Pengarah
Cawangan Bahasa Ibunda
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum 1 Kementerian Pendidikan Singapura
PRAKATA
Timbalan Pengarah
Bahasa Ibunda MTLB
Saujana Pujangga 2022 3