Page 9 - Saujana Pujangga 2022
P. 9

Valetictorion keseluruhan 2022 MLEP peringkat maktab rendah telah membuktikan bahawa usaha NJC untuk melahirkan para ’Cendekia dan Pemimpin yang Berkhidmat dengan Kemuliaan’.
Pada kesempatan yang sama, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada tiga orang mantan pelajar MLEP-NJC dari kohort yang pertama, iaitu Qistina Athirah Mohamed Isa (Ketua Pelajar MLEP-NJC yang pertama) kerana menerima Anugerah Buku Perdana Menteri 2022. Nur Atiqah Zulkiflie dan Sharifah Fatimatu Zahra Syed Alsagoff atas penerbitan cerpen-cerpen mereka dalam antologi yang bertajuk ‘Bebas: Antologi Fiksyen Remaja’ yang telah dilancarkan secara rasmi sewaktu Pesta Penulis Singapura 2022. Pencapaian para Cendekia ini telah mengharumkan nama maktab dan saya berharap agar mereka terus mendukung visi MLEP-NJC, iaitu untuk menjadi ‘PEJUANG BAHASA. PENCINTA SASTERA. PEMBELA BUDAYA’.
Kepada para Cendekia MLEP-NJC yang bakal mengikuti pengajian Tahun 2 pada tahun 2023, sekalung penghargaan atas kejayaan anda semua dalam merancang dan menjalankan Bengkel Penulisan Lirik Lagu untuk para pelajar Bahasa Melayu Lanjutan Menengah 4 dari Sekolah Menengah Temasek pada
bulan Ogos tahun ini. Saya pasti, setelah menjalankan sendiri bengkel ini, anda telah dapat mendalami bidang penulisan lirik lagu dan sekaligus meningkatkan kemahiran bertutur di hadapan khalayak. Tidak hairanlah jika ada dalam kalangan anda juga akan terpanggil untuk menceburi kerjaya sebagai seorang pendidik pada masa hadapan setelah menyedari bahawa mengajar merupakan bakat terpendam anda!
Sebagai penutup bicara, saya yakin bahawa dengan didikan dan bimbingan para guru MLEP-NJC yang berwibawa, para Cendekia MLEP-NJC akan terus berusaha untuk mencapai tahap kecekapan yang tertinggi dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris. Merekalah yang akan menjadi duta bahasa dan budaya Melayu serta pempengaruh yang akan memastikan kelestarian bahasa, budaya dan sastera Melayu untuk generasi akan datang.
Encik Ang Pow Chew
Pengetua
Maktab Rendah Kebangsaan
PRAKATA
Pengetua
NJC
 Saujana Pujangga 2022 7























































































   7   8   9   10   11