Page 151 - Saujana Pujangga 2022
P. 151
Masih ada seorang lagi yang perlu dicari Naufal.
“Sudah berhenti dan menganggur,” itulah kata-kata Cikgu Salmah tentang Adi.
Naufal memberi salam.
“Waalaikumsalam. Encik Naufal?” Adi terperanjat melihat Naufal tercegak di depan pintu rumahnya.
“Adi, saya datang untuk memohon maaf. Saya tidak sepatutnya bertindak sebegitu terhadap awak. Saya tidak seharusnya mematahkan semangat awak. Awak sebenarnya guru yang baik. Tolong, maafkan saya, Adi.”
Linangan air jernih mula gugur dari sudut kelopak mata Naufal.
“Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya ... sudah lama aku memaafkannya,” Hati Adi berbisik.
Alhamdullillah, sudahpun aku memohon maaf atas segala dosaku terhadap mereka. Ya Allah ampunkan dosa-doasaku.
Satu ... Dua ... Tiga ... Empat ...
Lima bulan berlalu.
“Ajaib!” teriak Doktor Irfan.
Pemeriksaan susulan menunjukkan bahawa hati Naufal sudah pulih sepenuhnya dan berfungsi seperti biasa.
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 149