Page 150 - Saujana Pujangga 2022
P. 150

 CERPEN
Sebulan sudah berlalu. Pada hari itu, Adi berasa girang hati dan penuh bersemangat selepas kelas. Dia melangkah masuk ke dalam pejabat guru sambil memegang sekeping kad di tangannya lalu segaris senyuman terukir di bibirnya.
Saya sangat bersyukur kerana Cikgu telah membimbing saya. Terima kasih Cikgu ...
Kata-kata itu berulang-ulang dalam kotak fikirannya. Hatinya berbunga. Kad itu digantung di mejanya.
“Sila maklum bahawa tiada apapun yang harus awak banggakan tentang kad itu. Tiada apa-apa yang istimewa tentang awak. Sumbangan awak langsung tiada impak positif kepada sekolah ini!” kata Naufal yang berdiri di sebelah meja Adi.
Kata-kata Naufal menikam hati Adi bak sembilu tajam lagi berbisa. Naufal telah memperlekehkan usahanya sebagai seorang guru muda.
Selama Adi di sekolah itu, dia sering dimarahi dan diherdik oleh Naufal. Ada sahaja yang tidak kena. Tiada kata-kata manis yang diberikan. Tiada kata-kata perangsang yang disumbangkan. Adi mula mempersoalkan kelayakannya menjadi guru. Adi kehilangan keyakinan diri. Tidak bermotivasi lagi.
“Hah, tengoklah Encik Naufal tu. Tidak berhati perut. Hati batu!” Kata Cikgu Salimah kepada teman sekerjanya, Cikgu Salim.
“Entah-entah Encik Naufal iri hati terhadap Adi tak? Maklumlah ramai pelajar yang sayangkan Cikgu Adi. Cikgu Adi tu baik orangnya dan sangat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya. Tak macam Cikgu Naufal!” balas Cikgu Salim.
Naufal berada di bilik doktor sekali lagi kerana rasa sakit yang teramat. Pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa hati Naufal diserang virus. Aneh! Doktor tidak dapat mengenal pasti virus itu. Pembedahan kecemasan perlu dilakukan dengan segera.
“Doktor Irfan! Cuba lihat hatinya! Keras seperti batu, dan beberapa bahagian hatinya berwarna hitam,” teriak salah seorang doktor dalam bilik pembedahan. Pembedahan
tidak diteruskan.
“Kes Encik Naufal benar-benar aneh dan luar daripada kepakaran kami. Melihat keadaan hati Encik Naufal, saya jangkakan Encik Naufal hanya ada dua
bulan untuk bertahan. Maafkan saya.”
Tidak ... tidak mungkin. Naufal kebingungan.
Naufal membuat keputusan yang sangat menakutkan buat dirinya. Naufal bertekad untuk melakukan perkara yang asing buat dirinya itu sebelum dia menutup mata. Harus!
Selepas keluar dari hospital, Naufal terus ke Maktab Rendah Permata. Dia berjumpa dengan setiap guru dan pekerja di situ. Dipohonnya kemaafan daripada setiap orang di maktab itu.
Naufal juga meletakkan jawatan pada hari itu. Hatinya seberat batu meninggalkan perkenangansekolah.
 148 Saujana Pujangga 2022
















































































   148   149   150   151   152