Page 149 - Saujana Pujangga 2022
P. 149
CERPEN
Bang! Pintu bilik rehat guru dihempas dengan begitu kuat bak dentuman guruh. Naufal tercegat di depan bilik rehat guru. Semua yang berada di situ berhenti berbual. Suasana riang menjadi sepi. Sesepi tanah perkuburan.
“Awak, ikut saya. Yang lain sambung kerja!” Herdik Naufal.
“Nama awak Adi, betul?”
“Betul, Encik Naufal”
“Mengapakah cetakan ini dibuat dalam satu jam sahaja? Bukankah saya kata dua jam? Awak pekak atau sengaja tidak mahu mengikut arahan saya?” Naufal meninggikan suaranya.
Adi terdiam sahaja.
“M-maaf Encik Naufal. Saya sangka baik kalau saya menyelesaikan tugasan dalam masa yang lebih cepat.”
“Saya tak suka arahan saya tidak diikuti. Kan saya dah kata jangan berlagak pandai di sini!“
“Maafkan saya, Encik Naufal” pinta Adi dengan nada kesal.
“Bukankah tadi saya dah katakan, maaf awak tiada nilainya bagi saya! Awak bodohkah? Kalau dah bodoh, kenapa nak jadi guru!”
Adi tidak menyangka kata-kata seperti itu akan didengarnya pada hari pertamanya dia bertugas sebagai seorang guru. Adi menggagahkan dirinya lalu meminta diri dan keluar dari bilik Naufal.
“Mungkin juga Encik Naufal sedang tertekan dengan hal-hal yang penting di sekolah. Maklumlah dia ketua jabatan. Aku tidak harus berkecil hati dan patah semangat.” Adi memujuk hatinya.
Saujana Pujangga 2022 147