Page 147 - Saujana Pujangga 2022
P. 147

 dan kepalanya terlalu sakit sehingga dia rebah di tengah jalan raya. Perkara terakhir yang Zaki dengar ialah bunyi siren ambulans.
Zaki membuka matanya dengan perlahan- lahan.Diamemeriksasekelilingnya.Diaberada di dalam bilik yang putih dan terbaring di atas katil yang lembut. Kepala dan kakinya dibalut dengan kain pembalut. Kepala Zaki masih pening tetapi dia teringat akan kemalangan yang terjadi.
“Di mana ibu bapa saya?” tanya Zaki kepada jururawat yang sedang memeriksa degupan jantung Zaki.
Tiba-tiba seorang wanita memasuki bilik Zaki dengan senyuman yang sedih. Zaki semakin keliru. Dia tidak kenal wanita itu tetapi mengapa dia berada di dalam biliknya? Zaki menyoal dirinya.
“Zaki, bawa bertenang, ibu bapa kamu sedang bertarung nyawa mereka. Mereka cedera teruk akibat kemalangan jalan raya. Kamu perlu banyak berehat.”
Zaki mencari telefon bimbitnya. Dia terpandang mesej Whatsapp yang dihantar oleh ibunya sebelum kemalangan itu berlaku.
“Zaki, di mana? Zaki tidak ke sekolah? Ibu telefon tapi Zaki tak jawab. Ibu dan ayah risau. Kami sedang mencari Zaki. Tolong balas mesej ibu.”
Zaki mula sedar bahawa mungkin ibu dan ayahnya dilanggar bas ketika mereka sibuk mencarinya. Air mata Zaki mula mengalir. Dia begitu kesal dengan perbuatan dan sikapnya yang hanya mementingkan diri sendiri. Akibat terlalu marah, dia langsung tidak memikirkan kesan perbuatannya terhadap ibu dan ayahnya.
Zaki mengangkat kedua-dua belah tangannya dan berdoa.
“Ya Allah Ya Tuhanku. Kau selamatkanlah ibu dan ayahku. Kaupanjangkan umur mereka dan Kau permudahkanlah urusan mereka. Aku banyak berdosa terhadap mereka. Kau berikanlah aku peluang untuk membalas jasa ibu bapaku.”
Di dalam hati Zaki tersemat tekad untuk mengubah sikapnya demi menghargai ibu bapanya dan untuk tidak bersikap sombong dan angkuh lagi. Dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka.
CERPEN
 Saujana Pujangga 2022 145






















































































   145   146   147   148   149