Page 145 - Saujana Pujangga 2022
P. 145

 DALAM SEKELIP MATA
Adriana Binte Irmady
YIJC
Zaki bangun daripada tidurnya. Dia sudah lewat ke sekolah. Selalunya pembantu rumah akan membangunkannya dan menyiapkan baju seragam dan beg sekolahnya. Kemudian, ibunya akan menyiapkan sarapan untuknya.
Ayahnya pula akan menghantar Zaki ke sekolah dengan kereta Porsche. Sepanjang kehidupan Zaki, dia tidak pernah menghadapi apa-apa kesusahan kerana keluarganya kaya. Mereka tinggal di rumah yang mewah dan besar. Sebagai anak tunggal, pastinya dia sangat dimanjakan oleh ibu bapanya. Apa yang Zaki mahu, dia dapat.
Kekayaan dan kesenangan hidup Zaki menjadikannya seorang yang sombong dan mementingkan diri sendiri. Dia berasa begitu jijik apabila terlihat orang miskin dan langsung tidak terfikir untuk membantu mereka. Apabila dia terserempak dengan orang-orang miskin, Zaki akan sengaja menunjukkan mukanya yang penuh dengan rasa jijik. Di sekolah, Zaki juga hanya berkawan dengan anak-anak orang kaya. Dia enggan berkawan dengan anak-anak orang miskin.
“Zaki, tak baik tau Zaki memandang rendah terhadap orang-orang miskin. Mungkin satu hari nanti, Zaki juga akan mengalami situasi yang sama.”
Ayah menasihati Zaki pada setiap pagi di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah. Ayah seperti robot rosak yang mengulangi perkara yang sama sahaja setiap hari. Zaki hanya menjelingkan matanya.
Pagi itu begitu berbeza sekali. Tiada sesiapa pun yang membangunkan Zaki. Akibatnya, dia kesiangan.Zakiberasamarahdanmemekik- mekik memanggil pembantu rumahnya.
“Bibik! Bibik! Kenapa kamu tidak bangunkan saya, hah? Saya sudah lambat ni! Semua salah kamu lah, Bibik!” teriak Zaki.
Zaki membaca sebuah nota yang ditinggalkan di tepi katilnya. Zaki, Bibik sudah dihantar pulang ke agensinya kerana dia tidak mahu bekerja dengan kita lagi. Hari ini Ibu dan Ayah ada mesyuarat penting di pejabat. Kamu perlu ke sekolah menaiki bas, ya. Malam nanti kita jumpa.
Hati Zaki mula dipenuhi dengan kemarahan. Dadanya berombak-ombak. Zaki bergegas menuju ke tandas. Zaki tidak biasa menaiki bas. Perasaan Zaki penuh dengan kemarahan sehingga dia tidak sedar bahawa dia tersalah naik bas.
Di dalam bas, Zaki mencari tempat duduk dengan segera. Dia meletakkan beg di tempat duduk kerana dia tidak mahu orang lain duduk di sebelahnya. Dia tidak suka berada dengan mereka yang dianggapnya tidak setaraf dengannya. Pada pendapat Zaki, orang yang menaiki bas merupakan golongan yang bertaraf rendah.
Sambil mengenang nasibnya yang buruk pagi itu, Zaki membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Dia tidak peduli jika ibu bapanya memarahinya kerana pada masa itu dia yang berasa sangat marah terhadap mereka. Dia ingin membalas dendam.
“Maaf, Nak. Boleh Tuk duduk di sini?”, tanya seorang lelaki tua dengan suara yang perlahan kepada Zaki.
Zaki tidak mempedulikan orang tua itu dan berpura-pura tidak mendengar pertanyaan lelaki tua itu. Lelaki tua itu tetap berdiri di
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 143

















































































   143   144   145   146   147