Page 146 - Saujana Pujangga 2022
P. 146

 CERPEN
sebelah tempat duduk yang terdapat beg sekolah Zaki. Orang lain di dalam bas mula memandang Zaki dengan pandangan yang jijik dan Zaki mula berasa tertekan. Walaupun dia tidak mahu lelaki tua itu duduk di sebelahnya, Zaki tidak suka apabila dipandang sebegitu. Akhirnya Zaki terpaksa membenarkan lelaki tua itu duduk di sebelahnya.
“Kamu hendak ke sekolah?” tanya lelaki tua itu.
“Kenapa Tuk nak tahu? Hal saya bukan hal Tuk!” kata Zaki penuh biadap tanpa memandang pun wajah orang tua itu.
“Tuk fikir kamu tersalah ambil bas. Bas ini tak pergi ke sekolah kamu,” kata lelaki tua itu sambil memandang ke lencana sekolah Zaki.
“Saya tak jadi pergi sekolah. Biarlah bas ini bawa saya jauh dari rumah,” Zaki memberitahu lelaki tua itu dengan nada yang jengkel. Lelaki tua itu hanya mengangguk kepalanya.
Pada masa yang sama, ibu bapa Zaki mendapat panggilan daripada guru Zaki bahawa dia tidak hadir di sekolah. Ibu menelefon Zaki tetapi dia tidak menjawab panggilan ibunya. Ibu cuba menelefon Zaki berkali-kali tetapi dia tetap tidak menjawab panggilan ibunya kerana Zaki berasa sangat marah terhadap ibunya. Pada masa itu, Zaki langsung tidak mementingkan perasaan ibu bapanya. Dia terlalu marah.
“Mengapa kamu lari dari rumah? Gaduh dengan ibu dan ayah, kan?” tanya lelaki tua itu dengan nada yang lembut.
“Ibu dan Ayah menghantar Bibik balik ke agensi. Tiada sesiapa yang bangunkan saya untuk ke sekolah pada hari ini! Ayah pula tidak hantar saya pergi ke sekolah! Saya terpaksa naik bas ke sekolah! Tidak selesalah ke sekolah dengan menaiki bas!” Zaki mengeluh kepada lelaki tua itu.
Sebenarnya, Zaki tidak mahu berbual dengan lelaki tua itu yang tetapi ada sesuatu tentang lelaki itu yang membuat Zaki tenang. Zaki berasa selesa untuk mengongsi perasaannya.
“Dalam kehidupan kita tidak boleh bergantung pada orang lain. Kita perlu berdikari. Nanti suatu hari kalau kamu terpaksa tinggal sendiri, bagaimana?” Lelaki tua itu berpesan kepada Zaki.
Zaki memandang lelaki tua itu buat kali pertama. Dia melihat muka lelaki tua itu yang tenang dan Zaki dapat mengagak daripada wajah lelaki tua itu bahawa dia kaya dengan pengalaman hidup.
“Hargailah ibu bapa kamu. Mereka telah banyak berkorban untuk memastikan kehidupan kamu senang dan bahagia. Tanggungjawab kamu hanya untuk menghormati mereka dan rajin belajar,” kata-kata lelaki tua itu berulang dalam fikiran Zaki.
Tiba-tiba bas membelok dan terlanggar sebuah kereta hitam. Kepala Zaki terhentak tingkap bas. Kepalanya berdarah tetapi dia masih sedar.
Suasana menjadi kecoh dan dia terpandang lelaki tua yang duduk di sebelahnya. Zaki cuba membangunkan lelaki tua itu tetapi dia tidak bergerak. Zaki mula panik dan dia cuba berdiri untuk keluar dari bas itu. Tiba-tiba, Zaki terpandang kereta yang dilanggar oleh bas. Kereta itu kelihatan sama seperti kereta Ayah. Kereta Porsche. Nombor plat lesen pun sama seperti kereta Ayah.
Mata Zaki terbeliak apabila dia menyedari bahawa kereta itu milik ayahnya. Zaki ingin berlari ke arah kereta itu untuk memastikan bahawa bukan ibu dan ayahnya yang berada di dalam kereta itu. Namun, Zaki terlalu lemah
144 Saujana Pujangga 2022


















































































   144   145   146   147   148