Page 144 - Saujana Pujangga 2022
P. 144
CERPEN
ke arah orang tua itu dan bertanya jika aku boleh duduk berbual dengannya. Setelah bertanya khabar dan mengenalkan diri masing- masing, perbualan kami menjadi semakin rancak.
“Nak, Pak cik sudah tiada ahli keluarga lagi. Semua sudah pergi sebelum Pak cik. Hargailah keluargamu selagi mereka hidup kerana keluarga ialah satu nikmat yang paling berharga yang dipinjamkan oleh Tuhan kepada kita,” nasihat Pak cik itu kepadaku.
Aku terkesima. Nada suaranya bagaikan sembilu yang menghiris tangkai hatiku. Kata- katanya sungguh menusuk dan menyayat hati.
Kolam mataku mula berkaca dan kemudian bergenang air mata. Nasihat Pak Cik itu seakan-akan menimbulkan suatu kesedaran kepada aku. Selama ini aku leka serta lalai. Aku terlalu sangat berdukacita sehinggakan aku terlupa akan kehadiran insan terpenting dalam kehidupanku yang bergelar ibu. Dialah yang selama ini menyokong dan mencurahkan kasih sayangnya kepada aku namun aku tidak mengendahkannya.
Sekonyong-konyong, bunyi laungan semboyan memecahkan suasana sepi dan sunyi di kawasan hutan itu. Kelihatan sebaris kenderaan kecemasan yang bergerak dengan begitu laju sedang menuju ke kawasan air terjun yang tidak berjauhan dari tandas itu. Seakan-akan seperti baru sahaja berlaku suatu kecemasan di kawasan itu. Perasaan ingin tahu tiba- tiba menguasai diriku dan aku bergegas ke kawasan air terjun untuk melihat dengan sendiri apa yang telah terjadi di sana. Alangkah terkejutnya aku apabila aku terlihat dua mayat sedang diusung ke dalam ambulans. Turut kedengaran ialah tangisan dan raungan seorang remaja yang merupakan anak kepada
kedua-dua arwahnya yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Aku amat bersimpati akan nasib remaja tersebut terutama sekalinya setelah apa yang baru sahaja aku lalui. Pasti hatinya hancur, hancur bagaikan kaca yang dihempas ke batu. Apatah lagi, remaja itu kini telah pun menjadi anak yatim piatu. Membayangkan sahaja situasi beliau kini amat menyayatkan hatiku. Seolah-olah nasihat yang diberikan oleh orang tua tadi itu tidak cukup lagi, Tuhan telah memberikan satu lagi petanda bahawa aku harus bersyukur atas apa yang masih aku ada dan teruskan perjuanganku dalam kehidupan ini.
Pengalaman pengembaraan dan penerokaan ini amat berharga bagi aku. Selain mengembalikan ketenteraman dan kedamaian dalam diriku ini, aku juga telah mempelajari satu pengajaran yang amat penting. Aku harus menghargai segala kurniaan dan nikmat yang telah Tuhan berikan kepada aku. Meskipun isteriku telah pergi, aku harus tetap berjuang dalam hidup dan sentiasa menghargai ahli keluargaku yang masih hidup terutama sekali ibuku. Sesungguhnya, aku masih beruntung kerana masih mempunyai orang yang sanggup mengambil berat dan menyayangi aku, sesuatu yang mungkin tidak dapat dimiliki oleh semua orang.
Isteriku,
Engkaulah permaisuri
Yang bertakhta di hati
Yang amat kusanjungi
Meskipun kau sudah tiada lagi Semoga kita berjumpa di syurga nanti.
Aku menyiram kuburnya dengan air mawar serta memastikan keadaan kuburnya rapi.
“Aku akan teruskan perjuanganku dalam hidup meskipun kau sudah tiada,” ucapku sambil mendakap tubuh ibuku.
142 Saujana Pujangga 2022