Page 143 - Saujana Pujangga 2022
P. 143

 baharu. Aku sudah lama menyimpan hasrat untuk meneroka kawasan hutan demi mencari ketenangan serta ketenteraman yang hakiki.
Nur yang bersinar dari arah sang suria sudah mula menerangi jiwaku yang kosong ini. Aku menghela udara segar yang sungguh nyaman.
Kelembapan embun dingin memang tiada tandingannya. Pandanganku kini berpusat kepada pohon-pohon di sekeliling kawasan tersebut. Buat pertama kalinya, dalam seketika terukir senyuman di bibirku. Senyumanku melapangkan dada lantas mendamaikan jiwa.
Aku amat merindui perasaan kedamaian yang sekian lama hilang dalam kehidupanku. Kelihatan air terjun yang megah bersertakan sebatang sungai yang seakan-akan mengalir tidak kering-kering. Di kawasan sekelilingnya pula terdapat kayu-kayu yang berceracak menghutan. Kawasan gigi rimba dipenuhi
dengan pohon-pohon. Kumtum kegembiraan mengembang dalam hatiku sekaligus menghalau debaran yang memukul dada. Nyaman, sungguh nyaman. Aku amat bersyukur kepada Tuhan kerana masih diberikan peluang untuk meneroka dan mengembara buminya yang begitu indah ini.
Setelah puas mengamati ciptaan Tuhan yang indah ini, aku bercadang untuk berehat seketika.
Aku pun menuju ke tandas awam kawasan itu untuk menyegarkan diri. Berdekatan dengan bangunan tandas itu yang tidak sebesar manapun terdapat seorang warga emas yang sedang melabuhkan punggungnya di sebuah bangku sambil membaca sebuah novel. Entah mengapa, hatiku tergerak untuk menegur. Gelagat seseorang yang sudah lanjut usia yang sedang membaca novel amat sekali menarik perhatianku. Tanpa ragu-ragu, aku pun menuju
CERPEN
 Saujana Pujangga 2022 141


























































































   141   142   143   144   145