Page 142 - Saujana Pujangga 2022
P. 142

 CERPEN
 PENGEMBARAAN
Afiq Ruzaini Bin Amran
TMJC
“Apa yang telah aku lakukan untuk menerima nasib sebegini? Seakan-akan seluruh dunia sedang menentang aku. Insan yang paling aku sayangi yang sedang menimang cahaya mata pertamaku kini sudah pergi meninggalkan aku disebabkan oleh kecuaianku sendiri. Aku tidak sepatutnya memandu pada malam itu kerana aku tahu bahawa aku sedang mengantuk.
Ini semua silapku. Jika aku
tidak lalai pada malam
yang sungguh malang itu,
sudah tentu mereka masih
berada bersama aku pada saat
ini. Seandainya boleh, akan aku putarkan waktu kembali kepada kehidupanku sebelum kemalangan yang telah menghancurkan seluruh hidupku. Namun, nasi telah menjadi bubur. Tidak ada apa-apa yang mampu aku lakukan untuk mengubah nasibku yang malang ini,” teriak hati kecilku dengan penuh duka.
Cahaya kilat memanah langit, disusuli bunyi guruh yang berdentam-dentum. Bunyi guruh sahut-menyahut seolah-olah menggegarkan kamarku. Memang sukar bagi aku untuk meneruskan kehidupan. Hatiku sentiasa dibelenggu perasaan bersalah. Diriku memang tidak pernah putus untuk menyalahkan diriku atas pemergian mereka. Memang telah beribu-ribu kali aku cuba untuk mencari kebahagiaan dan ketenangan kembali, tetapi perasaan itu tidak pernah kunjung tiba. Aku terlampau merindukan belai kasih daripada insan yang bergelar isteri. Aku cuba menepis- nepis ingatanku terhadap isteriku tetapi kotak fikiranku tidak mampu berbuat begitu.
“Sampai bila kamu mahu terkurung dalam bilik itu, Zim? Keluarlah, Nak. Kau harus tabah melalui segala dugaan ini. Kau harus kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan,” ujar ibuku sambil mengetuk-ngetuk pintu kamarku dan mempelawa aku makan.
Setelah kemalangan itu, ibuku telah menjadi tunjang semangatku. Beliau sentiasa berada di sisiku untuk mendengar segala rintihan hatiku serta memberi nasihat kepada aku. Lebih-lebih lagi, mungkin, apa yang dikatakannya memang betul. Sampai bilakah aku akan terus begini? Aku harus meneruskan kehidupanku! Aku tidak boleh lagi hanya terperap dalam kamarku sahaja dan terus terkenang akan isteriku. Maka itu, aku bertekad untuk mengembara dan meneroka bumi yang indahciptaanTuhaninidemimencariinspirasi serta semangat untuk memulakan kehidupan
140 Saujana Pujangga 2022




















































































   140   141   142   143   144