Page 141 - Saujana Pujangga 2022
P. 141

 dan berusaha untuk membina kehidupannya semula. Kebanggaan yang telah kurasai tidak dapat digambarkan. Aku bersalah. Aku telah menyakiti anakku sendiri. Hanya kesal yang dapat mengisi hatiku. Mengapa Ilhan yang meminta ampun daripadaku?
“Ibu, Ilhan ingin minta maaf sebab telah menyusahkan Ibu dan Danial selama ini. Ilhan sedar Ilhan anak derhaka. Ilhan teringin sangat untuk tinggal sebumbung semula dengan Ibu dan Danial, seperti dahulu. Ilhan sudah insaf dan akan memeras keringat demi keluarga kita. Ilhan janji,” kata Ilhan mengatakan sambil mencium tanganku.
Anakku telah mengubah tanggapanku terhadap golongan banduan yang menginginkan peluang kedua dalam kehidupan. Tidak pernah aku sangka bahawa akulah orang yang akan memperoleh pengajaran sedangkan Ilhan yang telah berada di dalam tahanan. Walau apapun, aku bersyukur terhadapNya kerana telah menyatukan kembali keluargaku. Aku tidak dapat bayangkan kehidupanku tanpa kedua-dua cahaya mataku yang aku tatang bagai minyak yang penuh.
Ya Allah, aku bersujud di hadapanMu dengan penuh kesyukurkan. Engkau telah makbulkan doaku dan memberikanku kebahagiaan semula. Meskipun orang ramai akan tetap memandang rendah terhadap Ilhan, aku menyerahkan segalanya kepadaMu kerana Engkaulah yang Maha Esa. Aku akan sentiasa berada di sisi anakku Ilhan.
CERPEN
 Saujana Pujangga 2022 139





























































































   139   140   141   142   143