Page 139 - Saujana Pujangga 2022
P. 139

 LAILA
Iman Natasha Binte Shaiful Khairi
TMJC
“Ibu, esok Abang akan keluar dari penjara. Empat tahun berlalu dengan begitu cepat ...” Danial menghembuskan nafas lega.
Aku tidak menghiraukan kata-kata anak bongsuku itu. Aku hanya teringat hari Ilhan digari di depan mataku. Tidak pernah terfikir bahawa selama ini, anak yang aku didik sejak lahir tergamak untuk melakukan perkara seperti ini. Adakah aku telah membuat silap semasa aku membesarkannya? Adakah aku seorang ibu yang tidak baik? Ilhan telah menjadi bahan mulut orang sepanjang empat tahun ini dan aku terpaksa menanggung rasa malu apabila aku digelar ‘ibu banduan’. Memandangkan Danial hanya berumur 15 tahun, aku terpaksa mengambil alih tempat ayah mereka sebagai pencari nafkah semenjak dia kembali ke Rahmatullah lima tahun lalu. Malangnya, majikan mana yang ingin menggajikan seorang bekas banduan? Satu- satunya harapanku telah mengecewakan aku. Setelah kejadian ini, aku pasti dia tidak akan mempunyai masa depan yang cerah.
“Assalamualaikum Ibu ...”
Suara yang sangat kukenali mengisi gegendang telingaku dan beribu perasaan mula bergejolak dalam hatiku. Pada saat itu, aku tidak dapat mengawal emosi dan aku telah menggunakan kata-kataku sebagai senjata terhadap Ilhan.
“Selama ini, engkau tidak menghargai segala pengorbanan aku untuk engkau! Engkau ni anak yang tidak berguna, lagi-lagi, bekas banduan! Siapa hendak mengambil engkau sebagai pekerja selepas ini? Jangan engkau sesekali jejakkan kaki engkau ke dalam rumah ini! Engkau tidak layak digelar ketua keluarga!”
Aku hanya dapat merasakan kemerah an perasaan marah meluap-luap di dadaku. Walaupun aku ingin menerimanya kembali ke pangkuanku, aku asyik terfikir tentang sindiran yang aku terima.
‘Laila, engkau harus sentiasa memantau anak bongsu engkau tu, jangan pula dia ikut langkah abangnya dan menjadi penagih dadah juga.’
ILHAN
Aku terpaksa mencari rezeki sendiri. Selepas dihalau oleh Ibu, aku tidak ada tempat mengadu. Walaupun sukar, aku tahu maksud ringan tulang, berat perut. Aku harus berusaha meskipun aku seorang bekas banduan, bukan untuk aku sahaja tetapi demi keluargaku dan masa depanku. Aku rela tidak diakui sebagai anak. Aku pasrah. Namun, nasi sudah menjadi bubur dan aku tidak dapat memutarkan masa kembali. Aku hanya ingin membetulkan segala kesilapanku dan akan melakukan apa sahaja supaya Ibu membuka pintu hatinya untuk mengampunkan aku.
Aku bernasib baik, kerana telah mengizinkan aku untuk menetap di rumahnya buat sementara waktu.
Aku mula menghantar beberapa resume kepada syarikat-syarikat yang berbeza meskipun ia merupakan pekerjaan yang bergaji rendah. Seperti yang dijangkakan ramai majikan yang ragu-ragu untuk mengambil aku sebagai pekerja oleh sebab masa silamku. Tidak mengapa, aku yakin bahawa ini ialah segala rancangan-Nya. Setelah sebulan berusaha, akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan di sebuah kafe sebagai pelayan.
CERPEN
Saujana Pujangga 2022 137



















































































   137   138   139   140   141