Page 138 - Saujana Pujangga 2022
P. 138
CERPEN
. . .
Tidak.
Nadia tidak boleh tahan.
Dia tidak sanggup berdiam diri dan membiarkan cintanya mati.
Tidak.
Seribu rintangan itu bukanlah tiket untuk melepaskan cinta mereka.
Nadia tidak boleh tahan lagi.
Dia harus memperjuangkan cintanya!
Dengan berbekalkan sebuah buku tebal dan kamera polaroid, Nadia pergi melawati pelbagai alam semesta dalam usaha untuk membawa kembali suatu bukti bahawa dua hati yang berbeza dapat menjadi kesatuan yang sempurna.
Demi kebahagiaan. Demi cinta.
“Terima kasih kerana telah menggunakan perkhidmatan kami. Langkah pertama meneroka alam semesta!”
Pintu mesin terbuka luas dan sinar mentari petang yang menyelinap masuk mengelus lembut raut muka Nadia yang cantik.
“Oh! Dah balik?”
“Ya ... aku sekadar ingin tahu. Agak membosankan selepas beberapa ketika, hehe,” Nadia mengeluarkan bukunya dan menunjukkan polaroid barunya kepada Daniel.
Daniel memandang polaroid itu sebelum mendongak kembali, mata redupnya menjamah mesra wajah Nadia.
“Aku tak faham sebab kamu masih sahaja suka melawat alam semesta lain. Bukankah kita sudah berjaya mendapat restu ibu bapa dengan 50 polaroid pertama kita?”
“Hmm ... entah. Aku hanya suka melihat bagaimana kita selalu berakhir bersama dan saling mencintai di setiap dunia yang aku lawati.”
“Bererti ... kita jodoh?”
Nadia hanya tersenyum menampakkan barisan gigi asmaradanta.
Tak kira apa jua perbezaan yang ada.
Tak kira sebanyak apa rintangan yang mereka harus lalui bersama.
Tak kira dunia yang membelakangi mereka.
Seperti bulan dan bintang yang selalu bersinar dalam kepekatan malam, sepasang kekasih yang ditakdirkan untuk saling mencintai akan sentiasa memancarkan sinar kasih sayang.
Ya, jodoh memang wujud.
136 Saujana Pujangga 2022