Page 136 - Saujana Pujangga 2022
P. 136

 CERPEN
143
Jadelyn Minneke Sutopo
RI
Jodoh.
Apakah kamu mempercayainya?
Apakah benar bahawa setiap insan mempunyai seorang pasangan hidup yang ditakdirkan untuknya?
Adakah the red string of fate benar-benar wujud?
Beep ... Beep ... Beep ....
“Selamat datang ke Bumi-143. Lokasi: 831 tahun cahaya dari tempat asal.”
Pintu mesin terbuka luas dan tujahan cahaya mentari mengelus lembut sosok gadis dengan raut muka yang cantik. Dengan rambut panjang paras bahu yang berombak-ombak cantik dan bibir semerah delima merekah, ramai mungkin berfikir bahawa dia seorang bintang filem terkemuka di layar perak.
Sebenarnya, Nadia bukanlah siapa-siapa.
Hanya kerana seorang gadis polos yang masih sahaja mempercayai wujudnya cinta sejati walaupun dengan maraknya hati yang telah tersakiti.
“Terima kasih kerana telah menggunakan perkhidmatan kami. Langkah pertama meneroka alam semesta!”
Meskipun ini kali pertama dia menapakkan kakinya di sini ini, Nadia terus menghayunkan kakinya berjalan dengan mantap dan penuh keyakinan menuju sebuah bangku di taman tersebut. Seolah-olah dia telah melakukannya berulang kali. Sambil duduk, matanya menjangkau jauh ke sekitar sambil mencari-cari sosok yang tinggal di sekitar sini.
Di sana.
Pandangannya kini berpusat pada seorang gadis yang sibuk menyiram dan menata beraneka ragam bunga orkid di rumah hijaunya. Seorang gadis yang cantik jelita dengan sebahagian rambutnya tergigil-gigil disergah angin. Seorang gadis yang dari hujung rambut hingga hujung kakinya, kelihatan persis seperti Nadia, bagaikan kembar.
Bagaimana tidak?
Gadis itu ialah Nadia sendiri. Nadia yang hidup di Bumi-143. Nadia yang hidup di alam semesta yang berbeza.
Panas menembusi celah-celah daun sehingga bintik-bintik peluh mula bercambah di sana sini di tubuhnya. Namun, sebuah senyuman nan manis sentiasa bermain di bibirnya - dia terus sahaja menata walaupun dengan peluh yang tanpa henti-henti mengalir membasahi seluruh kulit tubuhnya.
Nampaknya, versi Nadia yang ini sangat bersemangat berkebun.
“Sayang ... ayuh makan ...”
Terdengar suara seorang lelaki yang memecahkan lamunan Nadia dan menariknya kembali dari laut fikirannya ke alam realiti sekali lagi.
Senyuman nan mesra langsung terukir pada bibir gadis itu apabila seorang lelaki kacak berjalan menghampirinya. Sesekali lelaki itu cuba mengesat manik-manik peluh pada dahi kekasihnya tetapi gadis itu serta-merta melarikan diri dari jangkauannya.
“Ja-jangan sentuh aku, Daniel! Tubuhku kotor dan berpeluh. Nanti kamu jijik!”
“Aku tidak berasa jijik, Nad. Tidak akan pernah. Daripada hamparan bunga warna-
134 Saujana Pujangga 2022








































































   134   135   136   137   138