Page 135 - Saujana Pujangga 2022
P. 135
Setelah presiden yang sebelumnya ditahan kerana didapati terjebak dalam gejala makan suap, ramai yang telah hilang harapan pada pihak pemerintah. Pada ketika itu, kehidupan manusia dikatakan amat sengsara - ekonomi negara hanya mendatar, ramai pekerja dipecat dan kebajikan warga negara langsung tidak dihiraukan. Yang berkuasa rapat dengan presiden yang lama, berfoya-foya di merata dunia dengan wang hak milik rakyat. Manusia berada pada tahap amat terdesak pada masa itu sehinggakan idea mencalonkan AI yang dapat menjamin pembangunan ekonomi negara dianggap penyelesaian yang terbaik.
Kejadian pahit itu membuatkan ramai lebih terbuka dan sanggup mencalonkan perisian AI sebagai calon presiden.
...
“Saya akan mula memeriksa kesemua sistem anda, AIP,” kata Dr. Ilhan.
“Baiklah,” jawab hologram AIP tersebut sebelum lenyap.
Dr. Ilhan berjalan ke arah meja yang terdapat komputer dengan nama AIP diukir di belakang komputer tersebut. Dia mengeluarkan pemacu kilat yang disorok pada awalnya. Tangannya menggenggam erat pemacu kilat tersebut.
Namun, sebelum sempat dia memanjangkan lengannya, kedengaran penggera berbunyi.
[AMARAN! AMARAN! Anda disyaki memiliki barangan yang dilarang. AMARAN! AMARAN!] Dia tidak sanggup lagi duduk diam sambil melihat kemusnahan yang sedang berlaku! Argh!” Dr. Ilhan cuba meloncat tetapi diheret balik oleh pegawai-pegawai.
“Tetapi, bukankah dengan memacukan ekonomi negara ini, saya telah memastikan bahawa setiap warga negara mempunyai pekerjaan yang stabil dan taraf kehidupan yang tinggi?” kata AIP dengan bangga.
Ya, pada zahirnya, negara kami dianggap maju dengan adanya mesin automasi dan bangunan-bangunan pencakar langit yang mengisi pemandangan mereka yang menetap di negara ini. Namun, Dr. Ilhan sedar tentang perubahan dalam pemerintahan AIP semenjak bilangan rakyat warga emas, orang kelainan upaya, pesakit dan juga banduan telah berkurangan secara mendadak. Seakan-akan mereka lenyap dari permukaan bumi.
AIP pernah menerangkan bahawa dia akan membina pusat khas untuk menawarkan rawatan ataupun sokongan kepada golongan
CERPEN
yang memerlukan. Selama ini, rakyat kami telah hidup terpedaya dengan kata-kata palsu AIP. Dr. Ilhan pernah menyiasat sendiri dan apa yang dijumpainya jauh berbeza dengan janji manis yang diberikan AIP - rumah tumpangan warga emas, hospital pesakit mental, dan pusat pemulihan tidak pernah wujud. Dr. Ilhan sudah mula mengesyaki bahawa cara AIP membuat keputusan yang akan membawa keuntungan yang maksimum sambil mengurangkan risiko dan kerugian, merupakan sesuatu yang akan mengancam kehidupan rakyat.
“Kita tidak memerlukan orang yang boleh menjejaskan kestabilan dan kemajuan negara ini. Demi keadilan, kesenangan dan kebaikan,” AIP menambah, seakan-akan dapat memahami apa yang sedang difikirkan Dr. Ilhan.
“Renungkanlah Dr., berapa ramai orang telah hidup lebih selesa disebabkan dasar-dasar saya. Mereka tidak perlu khuatir tentang perkara yang sia-sia atau mendatangkan beban. Malah, masalah-masalah masyarakat juga sudah berkurangan. Jika saya digantikan dengan orang lain, akan datang masanya, kejadian sepuluh tahun lalu akan berulang.”
Sekali lagi, apa yang dikatakan AIP hanya separuh benar. Kehidupan manusia sekarang sudah terlalu terasing sehinggakan mereka seakan-akan tidak ada konflik dalam kehidupan mereka. Mereka bangun, pergi bekerja, mendapat gaji, dan menghabiskan gaji mereka dengan membayar bil dan perbelanjaan diri sendiri. Manusia hidup dalam kepompong yang menghalang mereka daripada berinteraksi dengan mereka yang berlainan latar belakang. Dengan lebih menumpukan keuntungan kebendaan, sifat-sifat kemanusiaan mereka sudah dipinggirkan.
“Tidak! Kami hidup seperti mayat. Rohani yang kosong. Tidak lama lagi, negara ini akan didiami robot!” teriak Dr. Ilhan, matanya menjegil ke arah AIP.
“Bawa dia pergi,” keluh AIP.
Hologram AIP berjalan ke arah tingkap yang menunjukkan pemandangan bandar yang sibuk manakala Dr. Ilhan diheret dari bilik tersebut. Bunyi badannya yang meronta-ronta, cuba melepaskan diri dan jeritan yang serak digantikan dengan bunyi keriuhan.
“Keadilan! Kesenangan! Demi Kebaikan!” Jeritan kedengaran di padang. Ayatnya diulang bagai mantera.
“Sememangnya manusia tidak mampu hidup tanpa saya, Ilhan ...”
Saujana Pujangga 2022 133