Page 140 - Saujana Pujangga 2022
P. 140
CERPEN
Aku bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana memberi aku peluang ini untuk bangkit semula dan membuktikan kepada semua orang bahawa bekas penagih dadah mampu insaf dan bertaubat.
Setiap hari, aku bekerja bersungguh-sungguh. Persekitaran di kafe itu dan layanan rakan sekerjaku menjadi pembakar semangatku untuk sentiasa bekerja keras demi mencapai matlamatku - membalas jasa Ibu dan mengumpul duit yang secukupnya untuk menyara hidup Ibu dan Danial. Setiap hari, aku cuba sedaya upaya untuk menghubungi Danial untuk bertanyakan khabarnya dan Ibu. Sekurang-kurangnya, aku dapat berasa lega sedikit setelah tahu bahawa mereka tidak berada dalam kesusahan. Setiap bulan, aku cuba sedaya-upayaku untuk memberikan wang kepada Danial dan Ibu menerusi Danial, walau sedikit manapun supaya aku dapat meringankan beban Ibu. Tidak mengapa jika Ibu tidak mahu menerima wang itu, asalkan adikku tersayang dapat berbelanja tanpa mengikat perut.
Aku agak beruntung kerana kesemua kakitangan di kafe tersebut telah menerima aku dengan hati yang terbuka walaupun mereka tahu bahawa aku bekas banduan. Berbanding dengan saudara-maraku yang telah mengutuk aku dan memandang rendah terhadap bekas banduan. Dengan sokongan yang telah diberikan kepadaku, aku sentiasa teringin untuk mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan diriku. Melalui pekerjaan ini, aku telah sedar akan erti kesabaran dan pentingnya untuk berusaha.
“Ya Tuhanku, lindungilah keluargaku daripada segala bencana dan mudahkanlah rezeki mereka. Engkau bukakanlah pintu hati ibuku untuk memaafkan aku.” Aku selalu berdoa kepadaNya.
Tidak lama kemudian, aku pun telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus. Aku amat bangga dengan perkembanganku dalam jangka masa yang pendek. Selama satu tahun ini, aku telah berjaya mengumpulkan duit yang agak lumayan dan pada masa yang sama, memperoleh pengalaman yang berharga serta ramai sahabat setia. Walaupun Ibu tidak ingin menghubungi aku sepanjang aku bekerja di sini, akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke rumah Ibu untuk meminta ampun daripadanya sekali lagi. Ternyata, sudah tiba masanya untuk aku berdepan dengan insan yang paling terjejas akibat dosa-dosaku. Aku menelefon Danial untuk memberitahunya tentang kedatanganku. Aku memberanikan diriku untuk memberikan salam di hadapan pintu rumahku yang lama.
“Assalamualaikum Ibu ...”
LAILA
Eh, suara itu sangat aku kenal ... Tidak mungkin ... Rasa gementar mula menyelubungiku ketika aku memutar tombol pintu. Saat aku memandang tubuh manusia yang berada di hadapanku, mataku terbeliak. Aku tidak bersedia untuk berdepan dengan Ilhan selepas setahun. Selama ini, aku telah menerima hakikat bahawa dia tidak akan pulang. Walaupun dia telah membuat kesilapan yang begitu besar, dia tetap cahaya mataku dan aku tetap menyayanginya. Tanpa berfikir, aku mendakap Ilhan dan bendungan air mataku pecah.
“Ibu minta maaf, Nak.”
Ilhan pun menceritakan tentang pekerjaannya dan kehidupannya sepanjang setahun itu. Dia telah membuktikan kepadaku bahawa biarpun bekas banduan, dia tetap dapat berdikari
138 Saujana Pujangga 2022