Page 166 - Saujana Pujangga 2022
P. 166

 MAKALAH
ANCAMAN PENCEMARAN
TERHADAP ALAM
Uswatun Hassanah Binte Omar
JPJC
Pencemaran alam sekitar boleh menjejaskan kesejahteraan serta ekosistem di muka bumi ini. Pencemaran alam sekitar mengancam kualiti kehidupan makhluk di muka bumi kerana di sinilah tempatnya tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia tinggal. Punca pencemaran pula disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab atau akibat kejadian bencana alam yang melanda bumi.
Perbuatan manusia yang hanya mementingkan pembangunan negara semata-mata boleh mengancam bumi jika manusia tidak mengawal paras pencemaran tersebut. Antaranya kegiatan perindustrian yang berlebih-lebihan merupakan salah satu penyebab pencemaran alam sekitar, terutama sekali pencemaran udara. Pencemaran udara disebabkan oleh perlepasan asap dari ekzos kenderaan, asap dari industri perkilangan, pembakaran arang batu yang tidak terkawal serta pembakaran di tempat pelupusan sampah. Selain fenomena semula jadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat cuaca kering atau kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu yang jelas mencemarkan alam sekitar.
Kilang-kilang yang dibina dalam usaha meningkatkan pembangunan negara turut mengeluarkan gas-gas seperti karbon dioksida dan karbon monoksida daripada industri- industri tertentu. Gas-gas tersebut jika dihidu secara berlebihan boleh mengancam kesihatan manusia. Gas yang dikeluarkan mencemarkan udara dan boleh menyebabkan pernafasan
manusia terjejas seperti sesak nafas atau mengancam kesihatan paru-paru mereka. Oleh sebab itu, kegiatan perindustrian mengeluarkan gas yang membahayakan kesihatan manusia harus dikurangkan agar kadar gas yang berbahaya di udara merosot. Malah, manusia dapat menikmati udara yang lebih bersih dan dapat meneruskan kehidupan yang lebih sihat.
Selain itu, pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal juga disebabkan oleh pelepasan gas kenderaan dan klorofluorokarbon (CFC). Manusia sering menggunakan kenderaan seperti motorsikal dan kereta tanpa menyedari bahawa perkara tersebut boleh mengakibatkan pencemaran udara. Gas seperti CFC atau gas rumah hijau, iaitu karbon dioksida akan mengakibatkan pemanasan bumi kerana gas tersebut merosakkan lapisan ozon dan juga memerangkap udara panas. Disebabkan itu, pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan dan ini pula akan meningkatkan kadar air laut. Keadaan ini pula akan menyebabkan pulau-pulau atau tanah bumi untuk tenggelam. Oleh itu, jika manusia tidak mengurangkan penggunaan kenderaan dan membiarkan pengeluaran gas tanpa terkawal, pencemaran udara akan meningkat dan bumi boleh tenggelam suatu hari nanti. Inilah kebimbangan pemerintah kita terhadap perubahan iklim di Singapura.
Tambahan pula, pembuangan sampah atau barangan toksik di laut merupakan satu perbuatan manusia yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar jika tidak terkawal dan mengakibatkan kehidupan laut terancam.
164 Saujana Pujangga 2022























































































   164   165   166   167   168