Page 167 - Saujana Pujangga 2022
P. 167

 Terdapat pelbagai industri yang membuang sampah serta bahan-bahan cecair ke laut kerana ini ialah satu cara yang mudah. Namun, sampah-sampah tersebut mungkin mengandungi bahan toksik dan hal ini boleh menyebabkan pencemaran laut dan boleh menjejaskan habitat di dalam air. Oleh itu, pencemaran laut yang tidak terkawal boleh terjadi disebabkan pembuangan sampah atau cecair toksik ke laut oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Akhir sekali, pembakaran hutan untuk tujuan mengaut keuntungan merupakan satu perbuatan manusia yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Sememangnya, perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tidak terkawal ini turut mengancam dunia. Pembakaran yang berlaku di hutan juga menyebabkan penghapusan habitat haiwan di hutan. Jika haiwan-haiwan tersebut tidak sempat untuk berpindah, haiwan tersebut akan mati dan ini akan menjejaskan ekosistem dunia. Flora dan fauna di hutan juga ialah sumber makanan bagi haiwan-haiwan
dan jika hutan tersebut tiada lagi, maka haiwan-haiwan akan kelaparan dan boleh menyebabkan kematian. Pembakaran pula menyebabkan kadar oksigen tempat tersebut
merosot dan kesejahteraan haiwan akan terjejas. Oleh itu, pembakaran hutan menyebabkan pencemaran udara, mengurangkan sumber makanan dan memusnahkan habitat haiwan. Tanpa haiwan tersebut, ekosistem dunia akan terjejas dan ini adalah suatu ancaman kepada kehidupan dunia.
Kesimpulannya, jika manusia tidak mengawal perbuatan mereka yang boleh menjejaskan pencemaran alam sekitar, dan ancaman terhadap dunia akan berlaku dan berterusan. Masa hadapan generasi seterusnya terletak dalam tangan manusia sendiri dan mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk mengawal aktiviti yang menyebabkan pencemaran alam sekitar agar dunia dapat bertahan lama dan selamat untuk dihuni.
MAKALAH
 Saujana Pujangga 2022 165




























































































   165   166   167   168   169