Page 169 - Saujana Pujangga 2022
P. 169

 MAKALAH
 antara kaum penting kerana ia menghapuskan pemikiran bahawa ada kaum yang dipinggirkan atau sebaliknya. Natijahnya, keharmonian kaum telah memastikan bahawa rakyat berbeza kaum tidak berasa ketinggalan dalam sesebuah masyarakat.
Kesatuan negara, tidak kira bangsa, juga dapat membentuk negara yang lebih efisien dan efektif. Apa yang dimaksudkan adalah rakyat tidak akan mengehadkan pergaulan mereka kepada segolongan masyarakat sahaja. Sifat perpaduan ini penting kerana ia menjaminkan semua orang dapat bekerja sama tidak kira kaum. Dengan sifat ini, sebuah negara dapat mecapai sebuah matlamat bersama. Seperti peribahasa, “duduk seorang bersempit- sempit, duduk beramai berlapang-lapang”. Sebuah masyarakat yang bekerja sama dengan efektif dapat menghasilkan hasil yang lumayan. Sebagai satu inisiatif pemerintah Singapura, Program penyatuan etnik (EIP) telah dilaksanakan kerana pemerintah mahu memastikan penghuni estet-estet perumahan di Singapura terdiri daripada penduduk dari pelbagai kaum. Mereka mahu menegaskan kepada rakyat bahawa keharmonian kaum sesuatu yang amat penting di Singapura. Melalui program ini, pemerintah Singapura telah membentuk estet kejiranan yang lebih penyayang. Oleh sebab langkah ini efektif, Singapura merupakan negara yang aman. Justeru, penyatuan antara semua rakyat, tidak kira bangsa atau agama penting dalam memastikan kemajuan sebuah negara.
Namun begitu, diskriminasi terhadap bangsa- bangsa tertentu masih berlaku di Singapura. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak senang dan tidak selamat dalam golongan bangsa yang dihina. Diskriminasi boleh terjadi secara harfiah ataupun tersembunyi. Walaupun Singapura semakin maju dan semakin terbuka, ada yang
masih mempunyai pemikiran yang cetek. Mereka hanya percaya stereotaip-stereotaip yang tidak benar dan ini menyebabkan mereka mempunyai pandangan negatif terhadap kaum-kaum yang tertentu. Pada tahun 2011, terdapat kes di mana sebuah keluarga berbangsa Cina, mengadu bahawa jiran berbangsa India mereka memasak lauk kari yang mereka dapati berbau ‘busuk’. Walaupun ramai telah membela keluarga berbangsa India tersebut, saya pasti mereka masih berasa terhina dan kecil hati kerana jiran mereka sendiri sanggup berkelakuan sedemikian. Oleh yang demikian, walaupun ramai mempunyai kesedaran tentang kepentingan keharmonian kaum, perkara-perkara ini masih berlaku. Oleh sebab diskriminasi masih wujud dalam hampir semua masyarakat, banyak yang masih boleh dilakukan untuk memupuk keharmonian kaum.
Secara keseluruhan, keharmonian kaum diperlukan untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara. Keharmonian kaum penting untuk hidup secara harmoni bersama dengan orang-orang daripada kaum dan budaya yang berbeza. Tidak ada kaum yang harus dipinggirkan. Justeru, dengan sikap perpaduan, pasti sesebuah negara akan menjadi selamat dan tenteram.
Saujana Pujangga 2022 167




























































































   167   168   169   170   171