Page 171 - Saujana Pujangga 2022
P. 171
MAKALAH
malah melanjutkan usaha penyelidikannya dalam bidang radioaktiviti setelah berumah tangga dengan seorang profesor, Dr. Pierre Curie. Hasilnya, penyelidikan beliau telah menyumbang mencari rawatan bagi penyakit barah dan terbukti telah membantu dalam usaha ramai penderita penyakit barah mencari rawatan yang lebih ampuh. Oleh itu, jelas terbukti bahawa wanita yang mempunyai semangat dan dedikasi untuk menyahut cabaran dengan menceburkan diri dalam bidang yang selama ini dipelopori lelaki, telah menghapuskan mitos bahawa hanya lelaki sahaja yang berkebolehan di dalam bidang-bidang tertentu. Maka, wanita mampu menggoncangkan dunia dengan kebolehan mereka jika berani menyahut cabaran.
Walau bagaimanapun, seringkali juga wanita telah menjadi faktor yang melalaikan lelaki daripada melakukan tanggungjawab mereka. Walaupun kelakuan mereka itu bersifat peribadi, wanita mampu mendatangkan kesan
lebih besar dan menjejaskan lebih ramai orang. Hal ini dapat dilihat pada mendiang Wallis Simpson, atau lebih dikenali sebagai Duchess of Windsor, yang telah mendatangkan krisis perlembagaan bagi kerajaan Britain disebabkan hubungannya dengan mantan King Edward VIII dan dianggap melanggar status quo zaman itu kerana keluarga diraja tidak dibenarkan untuk berkahwin dengan seseorang yang berstatus janda atau duda. Pada ketika itu, Puan Simpson merupakan seorang janda. Perkara tersebut telah menyebabkan mantan King Edward VIII untuk turun takhta demi cintanya kepada Puan Simpson. Selepas berkahwin dengan Puan Simpson, mantan King Edward VIII atau lebih dikenali sebagai Duke of Windsor banyak menumpukan perhatiannya kepada hal-hal lain seperti menghiburkan pembesar-pembesar negara, daripada melakukan tugasnya sebagai seorang bangsawan. Perkara ini membuat beliau lalai terhadap tanggungjawabnya kepada kerajaan Britain.
Saujana Pujangga 2022 169