Page 173 - Saujana Pujangga 2022
P. 173
KRISIS IKLIM DAN LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASINYA
Luqmanul Hakim Bin Abdul Basit
YIJC
Planet bumi kini berada di ambang kemusnahan ekoran perubahan iklim yang sedang berlaku pada kadar yang terlalu pantas sehingga telah memporak- perandakan kehidupan manusia sendiri. Apakah nasib bumi dan makhluk bumi pada masa hadapan ataupun masa yang terdekat? Yang pentingnya, tidak ada jawapan konkrit untuk menjawab persoalan berikut. Namun, manusia haruslah segera bermuhasabah diri dan memikirkan bagaimana krisis perubahan iklim dapat diatasi demi memastikan bumi yang telah dikurniakan kepada semua makhluk bumi dijaga.
Kealpaan manusia adalah salah satu punca utama krisis genting ini timbul. Zaman Revolusi Industri pada abad ke-19 telah memacu kemajuan manusia daripada aspek pembangunan dengan mesin teknologi yang memudahkan urusan-urusan manusia seperti pembekalan elektrik menggunakan arang dan penghasilan barangan-barangan pelanggan. Namun, pada masa yang sama, proses ini menyebabkan pencemaran.
Ini adalah kerana gas-gas rumah hijau yang memerangkap haba dihasilkan dengan lebih banyak. Pada masa yang sama, sumber-sumber alam dihakis dengan rakusnya. Contohnya, pokok-pokok di hutan belantara ditebang bagi menyediakan ruang untuk membangunkan kilang-kilang. Hal ini yang sudah berterusan selama dua abad tidak dapat dinafikan menjadi punca gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida berada pada paras bahaya.
Ini membawa kepada pelbagai masalah yang mengancam kemaslahatan manusia serta makhluk bumi yang lain. Misalnya, tahun 2022 digempurkan dengan fenomena gelombang panas yang tercetus di tempat-tempat yang biasanya mempunyai suhu rendah seperti di benua Eropah dan beberapa tempat di negara China. Malahan Sungai Yangtze di China hampir kering dan mengancam kestabilan sumber elektrik kepada jutaan penduduk di Ch ina kerana mereka bergantung kepada sumber elektrik yang dijana oleh empangan hidroelektrik di sungai itu. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dapat dilihat sejak Revolusi Industri. Kadar berlakunya insiden cuaca ekstrem dan melampau berlipat ganda dan suhu dunia turut meningkat seiring dengan perkembangan industri penghasilan yang mengeluarkan gas-gas rumah hijau. Jelaslah bahawa manusia dalam kelalaian – manusia masih tetap meneruskan amalan-amalan yang menyebabkan krisis ini berpanjagan. Lama- kelamaan keadaan ini telah menjejaskan kehidupan kita kerana bumi menjadi semakin tidak selamat untuk penghuni-penghuninya.
Seterusnya, keengganan pemimpin dunia untuk menyelaras usaha-usaha pemulihan alam telah mengeruhkan situasi ini. Krisis perubahan iklim menjadi peringatan bahawa manusia perlu segera mengurangkan kadar pengeluaran gas-gas rumah hijau agar dapat menangani isu ini yang memerlukan kerjasama kesemua negara untuk bersikap lebih komited dan serius dalam mencapai matlamat yang diharapkan.
MAKALAH
Saujana Pujangga 2022 171