Page 175 - Saujana Pujangga 2022
P. 175

 arang untuk pembekalan tenaga. Tambahan pula, kenderaan-kenderaan diesel tidak akan dibenarkan lagi bermula tahun 2045. Ini wajib bagi Singapura yang menghadapi kesan- kesan perubahan iklim seperti kenaikan paras laut yang menggugat kawasan-kawasan tanah rendah dan musim kering yang mengancam sumber air yang terhad di Singapura. Dapat disimpulkan bahawa langkah-langkah bernas dan konkrit berpotensi untuk melegakan krisis iklim yang membawa pelbagai masalah kepada rakyat Singapura. Komitmen negara untuk melakukan sesuatu seperti yang dipaparkan
oleh pemerintah Singapura amat diperlukan agar kehidupan rakyat dunia akan dapat diselamatkan dan tidak begitu terjejas oleh kesan-kesan perubahan iklim.
Akhir sekali, manusia harus cuba sedaya upaya untuk memelihara bumi dan memulihkan kemusnahan yang telah berlaku. Daya ketahanan bumi terhadap kesan-kesan aktiviti manusia terhad dan manusia harus bertanggungjawab untuk memastikan bahawa bumi dapat menampung kehidupan flora dan fauna sehingga akhir zaman.
ULASAN
 Saujana Pujangga 2022 173






























































































   173   174   175   176   177