Page 174 - Saujana Pujangga 2022
P. 174
MAKALAH
Malangnya, ada sesetengah negara yang enggan bekerjasama walaupun memiliki keupayaan untuk mengurangkan pengeluaraan gas-gas rumah hijau dalam negara masing-masing. Keputusan mereka untuk tidak turut serta dalam usaha murni mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau menjurus kepada sifat tamak haloba pemimpin-pemimpin negara yang hanya mementingkan keuntungan dan pembangunan yang mengaburi mata mereka terhadap kepentingan pengemblengan usaha untuk beralih kepada teknologi yang lebih mampan seperti tenaga suria untuk pembekalan tenaga bagi sektor-sektor tertentu.
Sayang sekali, mereka lupa akan amanah mereka sebagai pemimpin untuk mementingkan nasib rakyat dan negara setelah disogok oleh syarikat-syarikat berbilang negara yang seringkali berpaksikan keuntungan dan bukan kemaslahatan masyarakat. Tambahan pula, negara-negara membangun tidak mempunyai sumber-sumber yang mencukupi untuk memanfaatkan teknologi hijau kerana tidak mampu untuk menelan kos belanja yang tinggi ekoran ekonomi mereka yang tidak stabil. Hal ini tetap berlaku walaupun negara-negara yang kaya mempunyai kebolehan untuk membantu negara-negara yang lebih miskin ini kerana negara-negara yang kaya mempunyai agenda- agenda tersendiri serta sikap ketidakpedulian terhadap krisis iklim ini. Natijahnya, nasib rakyat dan negara-negara membangun yang tidak berdaya untuk mengubah persepsi sesetengah pemerintah terletak pada pundak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Jika dilihat daripada lensa yang berbeza, individu-individu telah tampil sendiri untuk
membela nasib insan-insan yang terjejas oleh krisis ini. Aktivis alam, Greta Thunberg telah menggembleng tenaga bersama belia-belia di seluruh dunia bagi menyuarakan keinginan mereka untuk memelihara alam akibat kesedaran akan kesengsaraan yang disebabkan krisis ini dan kesan terhadap masa hadapan mereka yang sememangnya bergantung pada langkah-langkah untuk mengatasi krisis ini. Thunberg telah mengetuai mogok iklim sekolah di banyak bandar Eropah seperti Berlin untuk menggesa pemerintah- pemerintah itu mengorak langkah bagi mengurangkan pengeluaran gas-gas rumah hijau. Ini merupakan manifestasi kerisauan belia-belia terhadap nasib bumi. Hal ini tidak menghairankan kerana sudah tentu perubahan iklim yang mendadak ini secara langsung akan memberikan kesan negatif terhadap kehidupan mereka pada masa kini serta pada masa hadapan kerana bumi semakin kurang sesuai dan kurang selamat untuk dihuni manusia. Usaha proaktif individu-individu dalam menggesa perubahan-perubahan ketara untuk menyelesaikan krisis iklim merupakan harapan kepada bumi serta penghuni-penghuninya.
Ada negara-nagara yang mengambil langkah- langkah untuk menangani krisis ini. Dasar- dasar yang menggalakkan penggunaan teknologi hijau dapat dilihat di negara-negara seperti Singapura. Contohnya, Pelan Hijau Singapura 2030 melakarkan matlamat untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau pada kadar 30 puluh peratus menjelang 2030. Pemerintah telah mula memasang panel-panel solar di bumbung rumah-rumah pangsa untuk menjana tenaga elektrik bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembakaran batu
172 Saujana Pujangga 2022