Page 172 - Saujana Pujangga 2022
P. 172

 MAKALAH
Perkara seperti hubungannya dengan Third Reich pimpinan Adolf Hitler telah menimbulkan masalah kepada kerajaan Britain kerana hal tersebut telah menimbulkan persoalan tentang kaitan kerajaan Britain bersekongkol dengan Nazi semasa Peperangan Dunia Kedua. Walhal pertemuannya bersama Hitler itu bersifat peribadi dan bukan politik memandangkan Hitler tertarik dengan keperibadian Puan Wallis Simpson. Maka, ternyata bahawa wanita mampu mempengaruhi tindak-tanduk lelaki sehingga mereka lalai dan meninggalkan tanggungjawab dan mampu menggegar kestabilan sedunia.
Memang wanita telah mengecap kejayaan dalam pelbagai bidang. Namun, kebolehan mereka seringkali dipersoalkan. Wanita perlu berusaha dua kali ganda untuk membuktikan kebolehan mereka. Hal ini dilihat apabila tidak ramai orang mempersoalkan kewibawaan Presiden Bill Clinton tetapi ramai yang mempersoalkan kebolehan isterinya, Hillary Clinton, untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat walaupun beliau telah mencatatkan banyak kejayaan dalam bidang politik sebagai seorang senator dan juga Setiausaha Negara. Margaret Thatcher pula telah berusaha dua kali ganda untuk membuktikan kebolehannya sebagai perdana menteri wanita pertama di Britain, memandangkan selama itu jawatan Perdana Menteri Britain dipegang oleh lelaki, walaupun ada dalam kalangan mereka yang pernah menyandang jawatan tersebut tidak berkaliber. Hal ini terbukti bahawa wanita masih dibelenggu sistem patriarki yang menghambat kebolehan mereka untuk menggoncangkan dunia.
Walaupun wanita berdepan dengan pelbagai kekangan dan sering diperlekehkan, mereka tetap mencuba untuk menentang arus agar suara dan sumbangan mereka dapat pengiktirafan yang sewajarnya.
Maka, kita sebagai masyarakat moden seharusnya menukar persepsi kita untuk memartabatkan kebolehan seseorang itu tanpa mengira jantina. Semua orang mampu menggoncangkan dunia, tidak kira lelaki ataupun wanita.
 170 Saujana Pujangga 2022





























































































   170   171   172   173   174