Page 170 - Saujana Pujangga 2022
P. 170

 MAKALAH
TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN MAMPU MENGGONCANGKAN DUNIA El’yez Mu’arif
TMJC
Terbukti dalam sejarah bahawa sistem patriarki yang memperlihatkan dominasi kaum Adam dilawan oleh gerakan-gerakan emansipasi wanita. Setelah Peperangan Dunia Kedua berakhir, peranan wanita semakin dimartabatkan disebabkan sentimen-sentimen kesaksamaan yang timbul setelah usaha peperangan telah banyak disokong oleh wanita. Kini, wanita lebih disanjung dalam masyarakat sedunia kerana mereka telah memecahkan stereotaip tradisional dan peranan jantina yang membuktikan keupayaan mereka untuk merevolusikan dunia. Oleh itu, sukar untuk dinafikan bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia.
Pertama sekali, peranan wanita sebagai ibu dan pengasuh kepada anak-anak sejak bayi tidak boleh diperlekehkan kerana asuhannya boleh membentuk keperibadian seseorang anak itu. Sistem patriarki seringkali mengehadkan peranan wanita sebagai pengasuh rumahtangga sahaja. Namun, hal itu tidak mengongkong wanita daripada terus memberikan impak terhadap generasi yang akan datang.
Sebagai contoh, seorang ibu mengajar anak- anaknya tentang nilai-nilai murni dan dapat membentuk keperibadian mulia anak pada usia awal lagi. Nilai-nilai murni ini dapat membentuk generasi akan datang sebagai manusia yang
mulia. Namun, hal sebaliknya boleh berlaku jika seorang ibu gagal untuk memberikan asuhan yang baik - seorang anak itu akan membesar dengan persepsi yang negatif terhadap diri dan masyarakat di sekelilingnya. Ramai sekali pembunuh bersiri seperti Edward Kemper yang telah menyalahkan ibu mereka kerana tidak mengasuh mereka dengan kasih sayang sehingga mereka menjadi liar dan tidak terkawal. Dengan itu, dapat dilihat betapa peranan wanita sebagai ibu dan pengasuh sangat penting kerana hal ini mampu mempengaruhi tindak-tanduk anak- anak mereka dan memberikan kesan terhadap pembentukan masyarakat yang madani.
Selain itu, wanita kini telah berani menyahut cabaran dan menceburkan diri dalam bidang yang selama ini dikuasai lelaki. Terdapat peningkatan secara beransur-ansur dengan semakin ramai wanita memusatkan kerjaya dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Sebagai contoh, pakar Fizik dan juga pemenang wanita pertama Hadiah Nobel, Marie Curie adalah antara wanita yang telah membuktikan pada seluruh dunia bahawa wanita mampu menyumbang kepada masyarakat lebih daripada hanya menjadi seorang pengasuh rumahtangga. Beliau telah berdepan dengan pelbagai diskriminasi semasa ingin mencari peluang pekerjaan, walaupun mempunyai dua ijazah jurusan Sains. Walau bagaimanapun, beliau tidak patah semangat
168 Saujana Pujangga 2022


























































































   168   169   170   171   172