Page 168 - Saujana Pujangga 2022
P. 168

 MAKALAH
KEHARMONIAN KAUM SANGAT PENTING BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN NEGARA
Eliyah Batrisyiah Rayni
NJC
Kesejahteraan masyarakat merupakan keselamatan dan ketenteraman sesebuah masyarakat. Masyarakat makmur pula merujuk kepada sebuah masyarakat yang hidup mewah, tanpa sembarang kekurangan. Globalisasi telah mengecilkan ruang antara manusia. Dengan itu, tidak hairanlah kalau manusia semakin bebas untuk bergerak dari satu negara ke satu negara seperti yang diamalkan pada zaman dahulu, sama ada untuk bermastautin atau untuk menimba pengalaman di negara orang.
Apakah akibatnya? Manusia lebih terbuka untuk menerima perbezaan antara budaya dan amalan. Ini membolehkan proses asimilasi dan integrasi berlaku dalam sesebuah negara.
Ini berlaku kepada negara kita, Singapura yang sudah menjadi tempat tumpuan pelbagai bangsa selain penduduk Singapura sendiri. Namun, kini, lebih ramai orang daripada pelbagai kaum yang mempunyai kewarganegaraan Singapura. Jadi, untuk masyarakat yang penuh dengan kepelbagaian, keharmonian kaum sangat penting. Keharmonian kaum bermaksud kaum-kaum berbeza yang terdapat dalam satu masyarakat dapat tinggal dan bekerja sama tanpa perselisihan. Soalannya sekarang adalah, adakah perpaduan antara kaum-kaum penting untuk memastikan kententeraman dan kemewahan sebuah negara?
Keharmonian kaum telah memainkan peranan penting untuk mewujudkan nilai murni dalam kalangan rakyat seperti altruisme dan toleransi. Nilai ini penting dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara kerana altruisme membuat seseorang menjaga kebajikan dan kebahagiaan orang lain, dan sifat toleransi merupakan sifat yang
penting untuk mengurangkan ketegangan antara kaum yang berlainan. Lebih-lebih lagi, keharmonian kaum telah memupuk nilai-nilai ini dalam diri kita sejak kecil lagi. Di Singapura, pemahaman tentang pentingnya menjaga keharmonian kaum dipupuk sejak kecil lagi di peringkat tadika. Sekolah-sekolah di Singapura akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang akan memperkayakan ilmu pelajar-pelajar tentang kaum-kaum yang berbeza pada setiap 21 Julai setiap tahun. Ini bukan untuk menyerlahkan lagi perbezaan kita tetapi bertujuan untuk menimbulkan rasa hormat terhadap bangsa dan agama orang lain. Masyarakat yang dapat menerima perbezaan ternyata merupakan sebuah negara yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Mereka saling memahami dan saling menghormati. Ini jelas bahawa keharmonian kaum telah memastikan hidup yang selesa dan aman dalam suasana yang selamat.
Keharmonian kaum membolehkan masyarakat berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya untuk berinteraksi dan saling mempelajari dan memahami. Setiap rakyat juga berpeluang menjalani kehidupan yang saksama.
Daripada ikrar negara Singapura, baris “sebagai rakyat yang bersatu padu, tidak kira apa bangsa, bahasa atau agama”, ia jelas bahawa Singapura mengukuhkan lagi ikrar rakyat untuk terus membina kehidupan sebagai sebuah negara.
Oleh itu, setiap tahun, perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali disambut dengan riang oleh semua rakyat Singapura. Oleh sebab Singapura terdiri daripada tiga bangsa utama ini, perayaan mereka diperingati dan disambut semasa waktu sekolah setiap tahun. Peluang yang adil
166 Saujana Pujangga 2022






















































































   166   167   168   169   170