Page 179 - Saujana Pujangga 2022
P. 179
FORUM
Saujana Pujangga 2022 177
Nadhifah Ramadhani
TikTok merupakan sebuah aplikasi berkongsi video pendek. Aplikasi ini yang membolehkan pengguna memuatnaikkan video mengenai sebarang topik. Pelbagai kandungan dimuatnaikkan di wadah tersebut untuk menyebarkan berita, trend terkini dan lain-lain. Dewasa ini remaja semakin taksub dengan penggunaan TikTok disebabkan mudah untuk menyebarkan apa sahaja kandungan yang dirosakan perlu dikongsi. Kebanyakan remaja melungsuri TikTok sebagai hiburan seharian manakala terdapat juga mereka yang memuatnaikkan video-video lucu dan klip tarian yang menarik. Namun, TikTok juga telah disalah ggunakan wadah ini untuk membuli, menghina atau mengkritik pengguna yang lain atas kandungan hantaran mereka. Ada segolongan remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti berbahaya yang menjadi trend di TikTok. Oleh yang demikian, walaupun budaya TikTok boleh menjadi wadah yang berfaedah, wadah ini juga turut mengancam remaja yang alpa akan wadah tersebut.
Nafilah Binti Kosnan
TikTok merupakan platform media sosial yang paling pesat berkembang. Pengguna dapat melihat pelbagai video pendek yang berbentuk gurauan, aksi, helah, jenaka, tarian, nasihat, hiburan yang panjangnya di antara 15 saat hingga sepuluh minit.
Golongan remaja dan belia merupakan jumlah pengguna TikTok yang paling ramai sekali. Mereka menggunakan platform TikTok untuk mencari maklumat dalam talian. Ini menimbulkan persoalan sama ada TikTok boleh dijadikan wadah mendapatkan maklumat yang sahih. Hal ini tidak mengejutkan kerana aplikasi- aplikasi seperti Youtube, Instagram dan Twitter diilhamkan TikTok, platform pertama yang memperkenalkan cara memuatnaikkan video pendek melalui
Youtube Shorts, Instagram Reels dan Twitter khas “Untuk Halaman Anda” atau lebih dikenali sebagai FYP. Baru-baru ini, TikTok memperkenalkan ciri baharu, iaitu istilah carian cadangan dalam setiap video. Ini memudahkan pencarian maklumat para pengguna. Dibandingkan dengan Google, TikTok mudah digunakan oleh para pengguna untuk menyediakan maklumat dengan cara yang lebih ringkas dan jelas dalam bentuk visual. Setiap remaja pasti memuatnaikkan aksi mereka di TikTok atau menonton video-video yang terdapat di TikTok. Yang penting remaja
mesti tahu tatasusila jika hendak ber-TikTok!