Page 181 - Saujana Pujangga 2022
P. 181

 Isu Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja
JPJC
FORUM
   Saujana Pujangga 2022 179
 Aida Cempaka Hanif
Dengan gaya hidup yang semakin kompleks, dapatkah remaja-remaja kita menyesuaikan diri? Jawapannya: Tidak. Mereka memberikan tumpuan kepada apa yang dengan pantas dianggap penting sahaja. Dalam konteks Singapura yang mendukung meritokrasi, seorang remaja dianggap lebih berjaya jika mereka mendapat gred tinggi dalam bidang akademik. Lebih-lebih lagi jika dia seorang pelajar aliran Sains atau Matematik. Disebabkan keperluan kehidupan ini, remaja kita lebih mementingkan bidang akademik daripada perkembangan sahsiah mereka. Sebagai contoh, untuk kemasukan ke universiti, nilai taraf (RP) atau nilai gred purata (GPA) biasanya digunakan untuk mengukur keupayaan pelajar. Dengan ini, potensi pelajar hanya dilihat melalui gred. Oleh itu, tercetuslah pemikiran bahawa nilai-nilai manusiawi tidak diperlukan. Hal ini amat membahayakan. Walaupun Kementerian Pendidikan Singapura sudah menyediakan pelajaran sosial dalam kurikulum melalui ‘Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan’ (CCE) yang holistick, namun, tidak boleh dinafikan bahawa ramai remaja masih meremeh-remehkan subjek ini. Subjek ini yang dijalankan hanya selama satu jam setiap minggu, seringkali diketepikan untuk memberikan laluan kepada subjek lain.
Pearl Insyirah Md Nur Mubbin
Masa itu emas. Namun, ramai remaja sekarang sering menghabiskan masa dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Hal ini termasuk menghisap rokok, penyalahgunaan dadah, mencuri, ponteng sekolah dan melepak. Masalah perilaku dan gejala sosial dalam remaja ini terjadi disebabkan pengaruh rakan sebaya yang kuat. Amat mudah untuk golongan remaja dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam pembinaan keperibadian diri dan pembentukan sahsiah mereka. Remaja lebih cenderung untuk mengikut rakan mereka tanpa memikirkan sama ada perbuatan mereka wajar atau tidak. Ini disebabkan mereka merasakan lebih rapat dengan rakan-rakan mereka dan dapat saling memahami antara satu sama lain. Maka, mereka rela mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh rakan sekeliling sehingga terjerumus ke dalam gejala sosial. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet boleh mengakibatkan remaja menjurus ke jalan hidup yang tidak bermanfaat malah penuh dengan anasir-anasir negatif. Lebih membimbangkan lagi, jika remaja terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat, seperti mengambil dadah. Ini akan memberikan kesan yang besar terhadap masa depan remaja termasuk replace with seperti ketagihan dadah yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka. Apabila masa lapang tidak digunakan dengan baik, remaja muda terdorong untuk mencuba sesuatu yang ‘menarik’ seperti minum arak dan berjudi. Semua ini akan meruntuh akhlak dan moral etika seseorang dan menyebabkan kebobrokan sahsiah dalam golongan remaja.



























































































   179   180   181   182   183