Page 183 - Saujana Pujangga 2022
P. 183

 Bulan Bahasa 2022:
Usaha Memasyarakatkan Bahasa Melayu di Singapura RI
FORUM
   Putri
 Saujana Pujangga 2022 181
Pada pendapat saya, matlamat Bulan Bahasa 2022 yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan ahli keluarga boleh dicapai dengan lebih baik lagi jika aktiviti yang dianjurkan lebih bersifat interaktif. Aktiviti yang ternyata interaktif dapat merangsang pemikiran peserta dan lebih berkesan untuk menyampaikan pengajaran yang tertentu. Satu aktiviti yang boleh diadakan ialah bengkel staf bahasa Melayu yang dapat mana ahli-ahli keluarga dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam suasana yang mesra dan santai bersama ahli keluarga.
Rakinah
Matlamat Bulan Bahasa 2022 untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan keluarga telah dicapai menerusi pelbagai kegiatan yang telah dianjurkan. Antara kegiatan tersebut ialah bengkel Kreatif Bahasa Bersama yang merupakan sebuah wadah untuk ibu bapa dan anak-anak kecil mereka meneroka keindahan bahasa menerusi lukisan. Namun, bagi memasyarakatkan penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya, beberapa pengubahsuaian boleh dilakukan pada kegiatan yang diadakan. Misalnya, penganjur Bulan Bahasa boleh mengadakan lebih banyak kegiatan yang menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu semasa kegiatan tersebut dijalankan. Sebagai contoh, acara GeylangGang Dikir 2022 telah berjaya memikat ramai penonton Melayu dan bukan Melayu, tetapi terdapat kurang interaksi antara penonton. Jika kita berusaha untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu semasa kegiatan yang melibatkan ramai peserta Melayu ini akan dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu.
Iffah
Jawatankuasa penganjur
Jawatankuasa Bulan Bahasa 2022 telah menganjurkan banyak aktiviti yang menarik yang diterima baik oleh masyarakat Melayu. Namun begitu, usaha untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan keluarga boleh diperbaik. Walaupun ada aktiviti yang boleh disertai oleh kanak-kanak seperti Bengkel Bangsawan, tidak banyak aktiviti yang boleh disertai bersama ibu bapa dan anak-anak mereka. Satu aktiviti yang saya dapati menarik ialah Citra Bicara. Saya telah menyertai aktiviti tersebut yang telah menampilkan penulis mapan di mana mereka membincangkan karya-karya dan proses penulisan mereka.
























































































   181   182   183   184   185